Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita BN Sabah Kemuka Senarai 20 Calon PRU14 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita BN Sabah Kemuka Senarai 20 Calon PRU14



KOTA KINABALU – Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Armani Mahiruddin telah mengemukakan senarai 20 calon terdiri daripada muka lama dan baharu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau berkata senarai calon berkenaan telah dikemukakan kepada Pengerusi Wanita BN, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil untuk pertimbangan.

“Semua calon ini mempunyai kewibawaan dan saya yakin dengan potensi mereka untuk dipertimbangkan,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini, semalam.

Armani, selaku Ketua Wanita UMNO Sabah, berkata jentera wanita UMNO dan BN yang merupakan tulang belakang parti sentiasa berada dalam keadaan bersedia sekiranya PRU14 diadakan pada bila-bila masa, sekali gus membantu parti menang besar dalam pilihan raya itu.

“Kami juga sentiasa turun padang dari semasa ke semasa bertemu rakyat. Selain itu, pendekatan Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) juga memberi nilai tambah kepada usaha kita mendekati rakyat,” katanya.

JR Plus menggabungkan jentera pilihan raya sayap UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri serta turut melibatkan penyertaan parti komponen BN dan sayap masing-masing.

Dalam pada itu, ditanya sama ada beliau juga akan dipilih sebagai calon baharu, Armani menyerahkan perkara itu kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. – BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tnEueV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.