Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Borneo Ant House’ Bakal Jadi Tarikan Baharu Sabah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Borneo Ant House’ Bakal Jadi Tarikan Baharu Sabah

TUARAN – Borneo Ant House, galeri bawah tanah seumpamanya di Malaysia bakal menjadi tarikan pelancongan baharu di Sabah apabila mula menerima kehadiran pengunjung mulai 1 Julai ini.

Galeri berkonsepkan rumah semut yang dilancarkan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun itu terletak di Kampung Kindu, Lebuhraya Tuaran-Tenghilan, di sini, kira-kira 41 kilometer dari Bandar raya Kota Kinabalu.

Pengarah Eksekutif Borneo Ant House Sufiah Abd Rahim Lee berkata konsep dan idea galeri merangkap taman tema itu diilhamkan oleh suaminya Tarmizi Sandhu beberapa tahun lalu sebelum mengambil langkah seterusnya kerana melihat ada potensi untuk dibangunkan sebagai produk pelancongan.

Beliau yang juga seorang pesara guru berkata projek itu diusahakan bersama anggota keluarganya pada 2015 di atas tanah seluas 1.2 hektar dengan kos perbelanjaan kira-kira RM700,000.

“Selepas dua tahun, galeri dan taman tema ini siap dibina. Tidak hanya untuk menarik pengunjung beriadah serta memanfaatkan kualiti masa bersama keluarga, Borneo Ant House ini juga adalah platform untuk membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di sini,” katanya yang ditemui pemberita selepas majlis pelancaran galeri tersebut.

Terdahulu, ketika berucap, Masidi turut memuji kesungguhan dan keberanian keluarga Sufiah untuk melabur bagi mewujudkan produk pelancongan di Sabah yang sememangnya mempunyai masa depan cerah memandangkan negeri ini adalah lubuk pelancongan.

“Inovasi dan kreativiti adalah dua elemen yang amat diperlukan dalam industri pelancongan. Produk pelancongan itu juga mesti mempunyai tarikan tersendiri yang dapat menarik pengunjung. Jika kita (Sabah) mempunyai lebih banyak produk pelancongan, maka akan lebih ramai pengunjung datang,” katanya.

Galeri tersebut dibahagikan kepada tiga bilik yang mempamerkan keindahan serta keunikan Borneo merangkumi bilik pameran semut dengan 463 replika semut, warisan budaya dan pedang.

Sebelum memasuki galeri berkenaan, pengunjung terlebih dahulu akan disambut oleh replika semut gergasi di pintu masuk galeri seterusnya menyuntik keterujaan pengunjung apabila meneroka bilik pertama galeri itu yang penuh dengan replika semut di dinding.

Selain itu, ia turut mempunyai taman tema dengan menerapkan keindahan alam semula jadi di persekitarannya serta  rumah pokok moden dan laluan pejalan kaki jambatan gantung disediakan untuk pengunjung berjalan sambil menikmati udara nyaman selain dilengkapi kafeteria.

Bagi mereka yang berminat, harga tiket masuk ke Borneo Ant House untuk rakyat Malaysia ialah RM9 (kanak-kanak berusia antara 7 dan 12 tahun serta warga tua) dan RM19 (dewasa); manakala bagi pengunjung antarabangsa pula RM18 (kanak-kanak berusia antara 7 dan 12 tahun serta warga tua) dan RM36 bagi dewasa. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sp50k6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.