Hi! Welcome Back and Stay Tune! 15 Dikhuatiri Hilang Selepas Bot Gagal Dikesan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

15 Dikhuatiri Hilang Selepas Bot Gagal Dikesan


KUCHING: Sebuah bot berpangkalan di Kampung Geobilt di sini yang membawa tiga kru dan 12 pemancing dilaporkan tidak dapat dikesan selepas terputus hubungan dengan pemiliknya malam Jumaat.

Pengarah Daerah Maritim Kuching, Kapten (M) Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata pihaknya menerima laporan daripada pemilik bot ‘Sea Wonder' itu yang dikenali sebagai Alice Lim kira-kira 8.15 malam Jumaat dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dilancarkan.

Beliau berkata pemilik mengesyaki bot berkenaan mengalami kerosakan.

Katanya, kali terakhir Lim menghubungi bot itu ialah pada 4 petang Jumaat semasa ia berada pada kedudukan kira-kira 82 batu nautika timur laut Tanjung Po.

Menurutnya tiga kru itu dikenali sebagai Phoo Kie Kuang (tekong), Kandas, dan Ariffin manakala 12 pemancing tidak dapat disahkan kerana ketiadaan senarai penumpang.

“Sebagai ingatan kepada seluruh komuniti maritim, terutama kepada pengusaha-pengusaha bot pemancing serta peminat aktiviti riadah memancing di Sarawak, mereka disaran untuk memaklumkan kepada Maritim Malaysia setiap kali keluar ke laut.

“Berikan maklumat lengkap mengenai jadual pelayaran, lokasi-lokasi memancing, nama kru dan penumpang beserta maklumat lanjut seperti alamat, kad pengenalan, dan nombor telefon kecemasan untuk dihubungi bagi memudahkan pihak Maritim Malaysia mengambil tindakan lanjut dengan segera (sekiranya berlaku sebarang kecemasan),” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Shahref turut meminta anggota keluarga atau sahabat handai 12 pemancing berkenaan untuk menghubungi Pusat Operasi Maritim Wilayah Sarawak dengan menelefon 082-432544 bagi membantu siasatan mengenal pasti identiti mereka lebih lanjut. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v61iBh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.