Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Pandai-pandai dia buat testimoni guna nama saya’ – Mangsa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Pandai-pandai dia buat testimoni guna nama saya’ – Mangsa

PUTRAJAYA – “Pandai-pandai dia buat testimoni (menggunakan) gambar saya,” demikian tulis seorang wanita yang berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab ejen jualan produk kesihatan menyalahgunakan gambarnya.

Lieya, yang meluahkan rasa kesalnya di laman Facebook menulis, dia langsung tidak pernah menggunakan produk berkenaan dan mendakwa dia telah menjadi mangsa pihak berkenaan untuk menipu pelanggan mereka.

“Tengah belek-belek Google, tiba-tiba terjumpa gambar saya. Kemudian belek-belek lagi, jumpa pula gambar saya yang digunakan untuk buat testimoni. Testimoni apa benda la, buat lawak sekotak la, apa la.”Sepanjang saya duduk di hospital, saya tidak makan mana-mana supplement pun kecuali ubat yang doktor bagi sahaja. Doktor yang penat lelah merawat kita sampai jadi sihat begini,” tulisnya.

Menurut Lieya, memang ada pihak yang memberikan sekotak produk C***M*** kepadanya tetapi sehingga ke hari ini dia tidak menjamah produk berkenaan. “Saya duduk di hospital menanggung sakit, boleh pula dia (ejen produk berkenaan) buat testimoni begini. Ambil kesempatan di atas kesakitan orang lain. Pandai-pandai dia buat testimoni gambar saya,” katanya. Justeru Lieya meminta orang ramai yang mengenali individu yang tidak bertanggungjawab itu, menasihatkannya.

“Beritahu dia, kalau nak produk laku pun, jangan sampai menipu orang. Tak berkat,” katanya.

Kredit: fb Lieya/ Reporter



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tRCjBV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.