TABUNG HAJI AKAN BINA KOMPLEKS DI MEKAH DAN MADINAH, KATA LAPORAN
LEMBAGA Tabung Haji (TH) sudah mengenalpasti beberapa plot tanah di Arab Saudi yang ditawarkan negara itu bagi pembinaan kompleks TH di sana, kata Pengerusi TH Abdul Azeez Abdul Rahim.
Bercakap kepada wartawan di Kelantan semalam, dia berkata TH berharap perjanjian projek itu dapat dimeterai sebelum hujung tahun ini dan kompleks itu yang akan dibina di Mekah dan Madinah dapat disiapkan dalam masa beberapa tahun lagi.
“Arab Saudi sudah menawarkan beberapa plot tanah kepada kerajaan Malaysia untuk tujuan itu. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom pergi ke sana untuk melihatnya baru-baru ini tetapi kita perlu pergi lagi untuk melihat adakah tanah itu sesuai itu pembinaan kompleks.
“Kami berharap yang kompleks itu dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada jemaah haji Malaysia, terutama sekali di musim haji,” katanya seperti dipetik akhbar New Straits Times.
Perkhidmatan yang disediakan juga dapat membantu jemaah haji Malaysia mengurangkan perbelanjaan mereka, katanya lagi.
Azeez bersama-sama dengan ahli lembaga pengarah TH akan pergi ke Mekah pada 12 Ogos untuk memeriksa tapak berkenaan.
Dia menambah yang kerajaan membelanjakan sekitar RM200 juta setiap tahun untuk membayar penginapan dan keperluan lain jemaah haji di Tanah Suci itu.
Pada 2015, TH terjebak dalam kontroversi apabila membeli tanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Tun Razak Exchange (TRX). Dilaporkan yang TH membeli 1.6 ekar tanah (0.64 hektar) dengan harga RM188.5 juta atau RM2,779 kaki per segi.
– http://ift.tt/2pAR1dR
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tLVIzT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment