Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tidak Rasional Banding Sabah Dan UMNO Dengan Sarawak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tidak Rasional Banding Sabah Dan UMNO Dengan Sarawak

SEMPORNA, 29 Julai (Bernama) -- Perbandingan dilakukan Parti Warisan Sabah (PWS) seolah-olah UMNO gagal di Sabah dan memberikan Sarawak sebagai contoh terbaik tanpa UMNO merupakan tindakan tidak rasional, kata Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Ramlee Marahaban.

Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah berkata kenyataan itu juga sebagai tidak adil dan memiliki agenda tersendiri.

"Diakui Sarawak yang diperintah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kukuh bertapak dan berjaya mentadbir serta membangunkan Sarawak dengan baik.

"Namun peranan dan budi baik UMNO yang selama ini menjadi tonggak kepada pembangunan Sabah juga tidak boleh diperkecilkan dan pihak yang tidak mengakui atau mengiktiraf pembangunan dibawa UMNO, mempunyai agenda tersendiri,"katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden PWS, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa Sarawak maju tanpa adanya UMNO.

Menurut Ramlee selama 27 tahun UMNO bertapak di Sabah pelbagai pembangunan ketara dilaksanakan termasuk pembangunan modal insan dan rakyat telah menikmati serta menerima manfaatnya.

"Selagi manusia itu ada mata, ada telinga, mereka boleh melihat pada perkara realiti dibawa UMNO ke Sabah dan jangan merendahkan atau tidak kredit langsung seolah-olah tiada pembangunan,"katanya lagi.

Sementara itu, Ramlee berkata Shafie membuat kenyataan menunjukkan beliau kecewa akan tetapi tanpa sedar kenyataan itu sebenarnya menunjukkan kegagalan beliau untuk menyumbang kepada pembangunan Sabah sewaktu memegang jawatan dalam parti dan kabinet yang mempunyai peruntukan terbesar.

Ramlee yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya turut menasihatkan rakyat harus sedar bahawa kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini sentiasa berusaha untuk membangunkan Sabah demi kesejahteraan rakyat. -- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vSWKvy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.