Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hanya Luah Rasa Di FB Sokong Kenyataan Akhbar Tentang Tekanan Di Tempat Kerja, 'Post' Wanita Ini Dicetak & Ditampal Di Pejabat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hanya Luah Rasa Di FB Sokong Kenyataan Akhbar Tentang Tekanan Di Tempat Kerja, 'Post' Wanita Ini Dicetak & Ditampal Di Pejabat


Pada masa kini yang mana mudah untuk berkongsi cerita, isu, kisah dan masalah dalam arus media sosial, ia sedikit sebanyak membuatkan kita ingin mengekspresikan apa yang terfikir.

Namun begitu, tidak semua yang kita kongsikan dan ‘post’ di laman sosial sendiri, dapat diterima dengan baik oleh orang lain.

Pada asalnya, ia adalah sekadar menyatakan pendapat terhadap satu keratan akhbar berkaitan tekanan di tempat kerja, tetapi apa yang pelik ada pihak yang mungkin tidak berpuas hati telah mencetak status Facebook beliau itu dan ditampal di tempat kerja

Menerusi perkongsian dari suaminya, yang meluahkan rasa terkilan akan tindakan tersebut, ia seolah-olah tidak menggambarkan sikap professional dan sebaiknya boleh dibawa berbincang tanpa pengetahuan orang lain.

Mari kita ikuti luahan dan perkongsian dari Mohd Shirazi ini.

Hanya kerana menyatakan rasa tidak terkejut dengan keratan akhbar tersebut..Post FB isteri saya Nova Adila Erizal ditampal sebegini di tempat punch card pagi tadi.

Isteri saya kata dia ok je..dia masih kerja dan masuk kelas seperti biasa.

Kegigihan tukang screenshot, print dan laminate ini memang dikagumi. Gigih.



Cuma rasanya kita ada etika yang lebih baik; cara sebegini yang hanya menakut-nakutkan para pensyarah dan staf.

Ini 'scare tactics' namanya..orang jadi takut nak bersuara lepas ni.

Dan hakikatnya ini berlaku di sebuah organisasi pendidikan,..

Semoga semuanya baik-baik saja.

Di bawah adalah post asal dalam laman FB milik isterinya.

KEMASKINI

Sedikit update, alhamdulillah post isteri saya Nova Adila Erizal di wall punch card sebelum ini akhirnya telah ditanggalkan setelah 2 hari.

Tak mahu cerita panjang, bukan semua perkara sesuai dikongsi di sini..nanti kena tampal lagi karang 
Saya sebenarnya takdela nak masuk campur hal ini; 

isteri saya tak cerita langsung dari pagi tu, sampailah pukul 5:30 petang tu saya jemput dia di kolej..
Isteri belum punch card lagi, dia ajak saya teman. 

Dan..siapa tak sayang isteri bro..

Maka saya pun ambil gambar 'kenangan' di sana.

Bila post tersebut dah viral, saya dan isteri menerima banyak pm dan komen - yang berkongsi pernah mengalami situasi yang hampir sama.

Sedih tapi pelik. 

Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku di mana-mana pun.

Semoga budaya kerja kita sentiasa sihat dan ceria, dan semoga semua orang seronok pergi kerja.

Doakan yang baik-baik saja semuanya..Terima kasih atas keprihatinan dan doa semua :) - Mohd Shirazi

Sumber: Siakap Keli


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u6Ws1Y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.