Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sabah, Sarawak bakal bincang pembahagian cukai pelancongan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sabah, Sarawak bakal bincang pembahagian cukai pelancongan

KOTA KINABALU - Sabah dan Sarawak akan mengadakan perbincangan pembahagian cukai pelancongan bersama Kerajaan Pusat bagi memajukan sektor pelancongan di kedua-dua buah negeri tersebut.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, pengagihan cukai kepada Sabah, Sarawak dan Semenanjung membolehkan lebih banyak kemudahan infrastruktur pelancongan dibina.
Advertisement

“Kedua-dua negeri sudah bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjut, tetapi belum menetapkan tarikh pertemuan tersebut,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Jet Boat, Smart Hero Voyage di sini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Datuk Jonniston Bangkuai; Pengarah Urusan Smart Hero Voyage (Malaysia) Sdn. Bhd., John Chan; Pengurus Besar Xia Men Smart Hero Voyage Limited, Cherry Feng dan Ketua Bahagian Teknologinya, Callan Grammer.

Baru-baru ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan penarikan semula cukai pelancongan terhadap rakyat tempatan yang melancong di dalam negara.

Bagaimanapun, kadar cukai bagi pelancong asing sebanyak RM10 untuk setiap bilik semalam adalah kekal atas semua taraf hotel.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Masidi berkata, langkah Kerajaan Pusat membatalkan cukai pelancongan ke atas pelancong tempatan dapat meringankan kos perbelanjaan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Ini disebabkan sebahagian besar rakyat tempatan yang menginap di hotel-hotel dalam negeri bukan kerana melancong sebaliknya atas urusan rasmi dan bekerja," jelasnya - K! ONLINE


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v8p138

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.