Hi! Welcome Back and Stay Tune! RAKYAT MALAYSIA MASIH PERLUKAN ANWAR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RAKYAT MALAYSIA MASIH PERLUKAN ANWAR

PERANAN ketua pembangkang yang dipenjarakan, Anwar Ibrahim dalam menyatukan rakyat Malaysia menjadi subjek utama sebuah simposium yang diadakan di Pulau Pinang hari ini.

Mampukah Anwar menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama di mana Barisan Nasional secara jelas gagal berbuat demikian? Adakah beliau mampu memimpin negara suatu hari nanti? Bagaimana beliau melihat Malaysia dan dunia?

Itu antara persoalan yang cuba dirungkai tiga ahli panel pada “simposium Pemikiran Anwar” yang diadakan di Institut Pulau Pinang.

Namun ketiga-tiga ahli panel terbabit bersetuju dengan satu perkara – Malaysia memerlukan beliau sebagai pemikir dan peminpin untuk membawa negara ke peringkat tertinggi.

Profesor Dr Muhammad Salleh berkata, Anwar adalah pemimpin yang seimbang dalam tindakannya.

“Seorang pemimpin yang memimpin dengan minda dan hati…Kita tertarik dengan pangkat dan wang namun hanya sedikit kemanusiaan. Malaysia dan dunia korup kerana kita abaikan kemanusiaan,” katanya.

Adakah Anwar mampu menyatukan rakyat Malaysia dan membawa konsep kesamarataan untuk semua? Dr Muhammad percaya Anwar mampu melakukannya.

“Anwar bukan sesiapa sebelum ini dan datang daripada akar umbi. Dia mampu membawa perubahan dan berjuang untuknya. Dia memiliki hati dan akal.”

Muhammad berkata, Anwar bukanlah sempurna namun ketidaksempurnaan dan kelemahan itu membenarkannya mencuba sesuatu yang baharu.

“Dia hanya manusia. Dia mahu mencuba dan menunjukkan kelemahannya,” kata Muhammad.

Dr Wong Chin Huat berkata, Anwar diperlukan untuk menjawab persoalan yang belum terjawab sejak 1946 – isu membabitkan keadaan negara dan kewarganegaraan, kesamarataan dan hak sebagai rakyat Malaysia.

“Anwar adalah pemikir. Kita memerlukan beliau untuk menjawab persoalan besar. Sekiranya beliau gagal, segala apa yang diperkatakannya adalah sia-sia jika tidak mampu menjawabnya,” kata Wong.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v8L3Tx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.