BENARKAH HANYA LOGO JADI MASALAH UNTUK MENDAFTARKAN PAKATAN HARAPAN?
Berdasarkan apa yang dilaporkan di media-media, ternampak seperti proses untuk mendaftarkan Pakatan Harapan secara rasmi tidak menghadapi banyak masalah yang memungkinkan ia mengalami kegagalan sebagaimana yang dijangka oleh banyak pihak.
Sebagaimana yang disebut oleh Tun Mahathir Mohamad setelah beliau bersama beberapa pemimpin PKR, DAP, Amanah dan Bersatu yang lain mengemukakan permohonan dan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan semalam, hanya logo saja yang menjadi masalah atau halangan.
Jabatan Pendaftar Pertubuhan dilaporkan tidak setuju dengan logo yang hanya tertulis perkataan “Harapan”, sebaliknya mahu ia dilengkapkan dengan perkataan penuh “Pakatan Harapan”.
Sehubungan itu, kata Tun Mahathir, pihaknya bersetuju memenuhi permintaan Jabatan Pendaftar Pertubuhan itu dan akan menghantar semula permohonan baru dalam tempoh dua hari.
Bermakna, setelah permohonan baru dikemukakan (dijangka pada Isnin) dengan pindaan atau perubahan logo sebagaimana yang diminta oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan itu, pendaftaran Pakatan Harapan seharusnya tidak lagi berdepan masalah.
Mungkin dalam tempoh sebulan atau dua bulan selepas itu, ertinya Pakatan Harapan sudah pun menjadi sebuah pertubuhan rasmi yang boleh bersaing menentang BN dalam pilihanraya akan datang.
Mudahnya? Benarkah begitu?
Jika begitu, kenapa proses mendaftarkan Pakatan Rakyat sebelum pilihanraya 2013 lalu begitu sukar, banyak masalah dan akhirnya gagal?
Apakah Jabatan Pendaftar Pertubuhan turut mengalami transformasi yang memudahkan segala urusan sejak Zahid Hamidi menjadi Menteri Dalam Negeri?
Apakah boleh dipercayai kali ini hanya isu berkaitan logo yang menjadi masalah sebelum Pakatan Harapan diluluskan pendaftarannya dan setelah perubahan dilakukan sebagaimana yang diminta, ia akan terus diluluskan tanpa banyak “ding dong ding dong” lagi?
Apakah kenduri doa selamat untuk meraikan dan sebagai tanda kesyukuran atas pendaftaran rasmi Pakatan Harapan itu sudah boleh dirancang daripada sekarang?
Mungkinlah juga selepas ini akan dibangkitkan pula perkara-perkara lain sebagai halangan baru atau untuk tujuan melambat-lambatkan dan menyusahkan?
Atau sebenarnya, meskipun Jabatan Pendaftar Pertubuhan adalah jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Zahid Hamidi, tetapi kunci kelulusan masih dalam kawalan Seri Perdana?
– http://ift.tt/1Ka9Gf1
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w8jDdM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment