"Muda Tua Tak Penting, Tapi Jangan Rembat Suami Orang" - Status Padu Che Ta Ini Memang WIN!!
Nampaknya ramai di luar sana dalam tempoh 24 jam yang lepas tidak segan silu meluahkan pendapat mereka atas apa yang terjadi antara Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah — kecoh satu Malaysia.
Dalam satu kemaskini terbaru menerusi Instagram, Rozita Che Wan memuat naik petikan artikel yang memaparkan beliau bersama suami sebagai muka hadapan sebuah akhbar tempatan berkaitan isu kahwin suami muda.
Apa yang lebih menarik adalah caption yang hadir dengan gambar tersebut — Rozita Che Wan seolah olah memerli Afifah Nasir yang sehingga saat ini dilihat sebagai perampas suami orang dan perosak rumahtangga.
“Muda atau tua tak penting, yang penting jangan rembat laki orang, betui dak? Kita memang la jaga laki kita, tapi syaiton juga berleluasa. Harap harap jangan la sapa pulak dok rembat laki kami oiiiiii,” tulis Che Ta.
Keras juga sindiran isteri kepada Zain Saidin ini — maklumlah suami pula memang muda dan kacak serta digilai ramai, mestilah sentiasa ada mata mata wanita nakal yang sentiasa memerhati.
Jangan risau Che Ta, kami yakin Zain Saidin setia orangnya.
Sumber: ROTIKAYA
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uHzAtr
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment