Hi! Welcome Back and Stay Tune! Charlize Theron Cedera Ketika Berlakon Filem Atomic Blonde - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Charlize Theron Cedera Ketika Berlakon Filem Atomic Blonde

Untuk filem terbaru Atomic Blonde, pelakon Hollywood terkenal, Charlize Theron akan melakonkan watak sebagai agen MI6.  Tugasnya adalah menyiasat pembunuhan dalam Perang Dingin Berlin yang memerlukan pelbagai aksi.

Menurut aktres berusia 41 tahun itu, dia perlu menjalani latihan selama dua bulan lebih supaya lakonannya untuk babak pergaduhan tampak semula jadi.

“Saya berlatih selama dua bulan lebih dan belajar cara-cara untuk melakukan aksi lasak.

“Saya bukanlah seorang ‘fighter’, jadi saya rasa latihan sebegini amat penting supaya lakonan nampak semula jadi,” katanya seperti yang dilapor portal Variety.

Theron muncul hampir setiap scene dalam filem itu, dan dia banyak melakukan aksi tersendiri tanpa menggunakan stuntman. Pada hari kedua, ketika latihan Theron telah mengalami kecederaan lutut.  Ketika itu juga sebenarnya dia tidak sihat kerana selesema.

“Walaupun Theron selsema , dia memakai mini skirt dan tetap meneruskan aksi lakonannya,” kata James McAvoy, pelakon yang turut mebintangi AtomicBlonde.

Theron akui tidak mudah melakukan aksi lasak kerana mengalami beberapa kecederaan.
Sebelum ini, Theron juga pernah berlakon filem aksi The Fate Of The Furious 8 bersama Vin Diesel.
Atomic Blonde arahan David Leitch ini bakal menemui penonton di Malaysia pada 27 Julai ini.

The post Charlize Theron Cedera Ketika Berlakon Filem Atomic Blonde appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v6hmTE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.