Hi! Welcome Back and Stay Tune! PERLIS SOKONG KEPUTUSAN MAHKAMAH BERKAITAN ANAK TAK SAH TARAF - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PERLIS SOKONG KEPUTUSAN MAHKAMAH BERKAITAN ANAK TAK SAH TARAF

PERLIS menyokong penghakiman Mahkamah Rayuan yang membenarkan anak tidak sah taraf untuk menggunakan nama ayah mereka dalam kemelut perbezaan pendapat keputusan itu semakin mencengkam negara.

Utusan Malaysia melaporkan yang Mufti Perlis sebagai berkata yang keputusan mahkamah itu selari dengan fatwa negeri yang digazetkan pada 17 Januari 2013 yang membenarkan anak-anak tidaksah taraf dibin atau dibintikan kepada ayah kandung mereka.

“Peruntukan sub seksyen 48 (6) Enakment Pentadbiran Agama Islam 2006, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maip) mengeluarkan fatwa yang seorang anak, lahir kurang daripada enam bulan selepas perkahwinan ibunya boleh dibin kepada suami ibu terbabit, kecuali ayah terlibat menafikan (yang itu anaknya)” katanya pada siang media di Kangar semalam.

Katanya lagi perkara itu tidak terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tetapi di bawah bidang kuasa negeri.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam berkata yang pendaftaran anak tidak sah taraf akan berjalan seperti biasa, bergantung kepada rayuan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Ketua Pengarah JPN Mohd Yazid Ramli berkata sebarang perubahan prosedur jabatan itu hanya akan dilakukan selepas Mahkamah Persekutuan mengeluarkan penghakiman saman yang difailkan Jabatan Peguam Negara.

Hakim Abdul Rahman Sebli yang menulis penghakiman panel tiga hakim Khamis lepas mengatakan bidang kuasa ketua pengarah JPN adalah sivil dan kerana itu tertakluk kepada undang-undang sivil.

Disebabkan itu, JPN perlu merujuk kepada Seksyen 13A (2) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (BDRA) untuk membuat keputusan berkaitan nama keluarga atau ayah kanak-kanak.

Penghakiman itu yang meliputi anak tidak sah taraf Islam dan bukan Islam dilakukan susulan rayuan yang difailkan kanak-kanak berusia 7 tahun yang dilahirkan lima bulan 24 hari ( atau lima bulan dan 27 hari mengikut kalendar Islam) selepas perkahwinan ibu bapanya.

Kanak-kanak itu didaftarkan dengan JPN dua tahun selepas lahir dan kedua-dua ibubapanya memohon untuk meletakkan nama ayahnya “MEMK” tetapi JPN mendaftarkan anak itu kepada “bin Abdullah”.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v5hRxi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.