Bot hilang ditemui, kru dan pemancing selamat
KUCHING: Bot memancing ‘Sea Wonder’, berpangkalan di Kampung Geobilt di sini yang membawa 3 kru dan 12 pemancing, yang dilaporkan tidak dapat dikesan selepas terputus hubungan dengan pemiliknya malam tadi, ditemui pagi ini dengan kesemua mereka selamat.
Dipetik BH Online, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit berkata, bot berkenaan ditemui 10.50 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
Beliau berkata, bot berkenaan ditemui pada kedudukan 40 batu nautika utara Tanjung Sirik.
Bot berkenaan mengalami kerosakan enjin sebelum hanyut dari kedudukan terakhirnya pada kedudukan 82 batu nautika timur laut Tanjung Po, kata Ismaili.
Laporan Bernama awal hari ini menyebut bot berpangkalan di Kampung Geobilt, Kuching yang membawa 3 kru dan 12 pemancing dilaporkan tidak dapat dikesan selepas terputus hubungan dengan pemiliknya malam tadi.
Pemilik mengesyaki bot berkenaan mengalami kerosakan dan kali terakhir Lim menghubungi bot itu ialah pada 4 petang semalam semasa ia berada pada kedudukan kira-kira 82 batu nautika timur laut Tanjung Po. -FMT
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v6tS5z
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment