4 Surah Yg Boleh Di Amalkan Untuk Hindari SIHIR Yang Ramai Tak Tahu Jom Amalkan
Al-Quran adalah sebaik-baik pendinding diri dan Rasulullah SAW sendiri ada menyatakan, Al-Quran adalah penawar.
Jadi, jika ingin mengubatai penyakit atau mencari penyelesaian, sentiasalah membaca Al-Quran.
Juga, bagi menghindari diri daripada gangguan sihir dan makhluk yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar, beberapa ayat dari Al-Quran boleh dijadikan sebagai amalan harian.
1. Surah Al-Fatihah
Ummul Kitab, juga dikenali sebagai penawar seribu guna.
Anda boleh melazimkan diri untuk membaca Al-Fatihah sebanyak tujuh kali setiap kali selesai solat fardu.
Tetapkan juga niat agar Allah SWT membantu anda melindungi diri daripada gangguan jin dan syaitan.
2. Al-Muawwizat
Tiga surah yang sering dipanggil ramai sebagai surah tiga Qul.
Ia terdiri daripada surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas.
Ia adalah amalan Rasulullah sebelum baginda tidur pada setiap malam.
3. Ayat Kursi
Sebagai pendinding diri dan juga perlindungan kediaman dan harta benda.
Lebih afdal jika anda mengamalkannya selepas solat Subuh dan Solat Asar.
4. Surah Yasin, ayat satu hingga ayat sembilan
Surah Yasin sering dikaitkan sebagai hati Al-Quran malah banyak hadis Rasulullah SAW yang membicarakan kelebihan yang ada pada surah Yasin.
Ia boleh dibaca sebagai benteng dan pendinding untuk kediaman.
Dengan mengamalkan ayat-ayat diatas, kita akan dilindungi dari gangguan jin, syaitan dan manusia yang berniat jahat.
Insya-Allah.
Sumber:http://ift.tt/2uRndbA
Sumber: sehinggit
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tp7Jhe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment