Kini Arab Saudi Pula Dituduh Negara Ekstremis
SEMALAM Arab Saudi mengetuai sekutu Arabnya, termasuk Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir mengkritik keenganan Qatar mematuhi 13 syarat yang dikenakan sebagai penyelesaian sekatan politik dan ekonomi yang dikenakan sejak 6 Jun lalu.
Qatar melalui Kuwait, selaku negara pengantara bagi menyelesaikan krisis itu, menolak semua syarat yang dikemukakan. Namun, pada masa sama menyeru diadakan dialog.
Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, bertegas menyelar 13 syarat itu sebagai campur tangan teehadap kedaulatan dan kebebesan bersuara.
Tiga perkara utama dalam 13 syarat itu yang dianggap mencabar hak kedaulatan Qatar ialah menurunkan tahap diplomasi dengan Iran, menutup kem tentera Turki di Doha dan menutup stesen TV Al Jazeera.
Hari ini, Arab Saudi pula menerima padah.
Institusi Pemikir terkenal United Kingdom, Henry Jackson Society (HJS) menuduh, Riyadh sebagai pelopor ekstremisme Islam.
Ironinya, kenyataan ini sama dengan tuduhan Arab Saudi dan sekutunya terhadap Qatar. Doha dituduh menyokong keganasan kerana mempunyai hubungan dengan Ikhwanul Muslimin di Mesir.
HJS menuduh Arab Saudi menyalur sokongan kewangan kepada masjid dan institusi pendidikan Islam yang menyebarkan fahaman ekstremisme.
Sebelum ini, penulis terkenal AS, Thomas Friedman, melalui bukunya World Is Flad, menuduh Arab Saudi menyalur bantuan pada ribuan sekolah tahfiz di Pakistan yang menyebarkan fahaman anti Barat.
Kedutaan Arab Saudi di London menafikan tuduhan itu.
Persoalannya, dakwaan HJS jelas menyifatkan Arab Saudi sebagai negara penyubur faham teroris.
Ia sangat serius. Apakah Arab Saudi akan bertindak balas sama seperti tindakan terhadap Qatar?
Apakah Arab Saudi akan memutuskan hubungan dengan UK selagi negara itu tidak bertindak menutup HJS?
Arab Saudi sangat tegas terhadap Qatar. Malah, membina pakatan anti Qatar semata-mata marahkan Al Jazeera.
Pasti Arab Saudi tidak akan bertindak. UK pastinya sangat penting bagi monarki yang pro Barat!
-MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sUxKBb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment