Hi! Welcome Back and Stay Tune! Makin banyak francais dunia tutup kedai di Malaysia kerana gulung tikar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Makin banyak francais dunia tutup kedai di Malaysia kerana gulung tikar

Makin banyak jenama dan syarikat luar negara yang melabur di negara ini sejak beberapa tahun lalu terpaksa gulung tikar. 

Makin banyak francais dunia tutup kedai di Malaysia kerana gulung tikar

Makin banyak francais dunia tutup kedai di Malaysia kerana gulung tikar

Tahun lalu, 68 cawangan bank daripada 63 institusi bank di seluruh negara ditutup, manakala 1,425 pekerja mereka diberhentikan dalam masa enam bulan.

Mungkin fakor kemerosotan nilai ringgit atau pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang membuat orang ramai lebih berjimat.

Walau apa sahaja alasan dan sebabnya, berikut beberapa francais yang ditutup:

1. Restoran Tim Ho Wan dari Hong Kong

Restoran dim sum popular ini memiliki dua cawangan di Malaysia, di pusat beli- belah Mid Valley dan 1Utama.

Digelar “restoran berbintang Michelin termurah di dunia”, keuntungannya merosot RM895,642 pada tahun lalu.

Namun Tim Ho Wan masih beroperasi di Singapura, Thailand dan Filipina.

2. True Fitness dari Singapura

Pusat kecergasan ini, pada 9 Jun lalu, mengumumkan penutupan operasi di seluruh negara, sehari selepas menghentikan operasi di Thailand. 

Dianggarkan 10,000 ahli terjejas ekoran penutupan cawangan di pusat beli-belah Jaya 33, Taipan Subang dan Sunway Giza.

Bekas pekerjanya mendakwa majikan gagal membayar komisyen RM66,000. Namun isu itu dilaporkan selesai pada hujung bulan lalu.

Pusat senaman itu masih dibuka di Taiwan dan China. Laman webnya mendakwa keahliannya lebih 200,000 orang.

3. Tous Les Jours dari Korea Selatan

Kedai roti ini, berilhamkan konsep Perancis, tiba-tiba mengumumkan di Facebook penutupan premis dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Tiada alasan diberikan sehingga mengelirukan pekerja. Ada yang menyangka ia hanya ditutup sementara selama sebulan. Namun sehingga kini ia tidak dibuka.

Ia memiliki empat cawangan sekitar Lembah Klang: Bangsar, Empire Damansara, WOLO Bukit Bintang dan Empire Subang.

Pemilikinya CJ Foodville mempunyai lebih 1,300 kedai di seluruh dunia, termasuk Indonesia, Filipina, Kemboja dan Vietnam.

4. Pumpkin Patch dari New Zealand

Jenama pakaian kanak-kanak ini menutup premisnya di sini tahun ini, bermula di Mid Valley pada Mac dan terakhir di 1Utama pada Mei.

Syarikat pemiliknya menanggung hutang NZ$80 juta (RM250 juta).

5. Delifrance dari Perancis

Mula beroperasi di Malaysia sejak 1990, dengan 20 cawangan kedai roti dan kafe di seluruh negara.

Pada 2013, ia menjenamakan semula sebagai Delifrance Bistro, namun pada 2016, jenama itu menutup semua operasinya. 

Dimiliki syarikat Grands Moulins de Paris, ia memiliki ratusan francais di 20 negara.

6. Beg tangan dan aksesori Paris Hilton dari Amerika Syarikat

Jenama milik pewaris Hotel Hilton ini mula bertapak di Malaysia sejak 2008 di beberapa premis di Lembah Klang termasuk Pavilion Kuala Lumpur.

Selepas bintangnya mula malap, jenamanya tidak lagi dianggap barangan mewah dan mula dijual di Parkson dan Sogo.

Laman Facebook rasminya berhenti memuat naik promosi barangan terkini pada 2014. Namun barangan itu masih boleh didapati di gedung dalam talian Lazada.

7. Bulgogi Brothers dari Korea Selatan

Restoran barbeku ini kelmarin mengumumkan penutupan operasinya di premis terakhirnya di pusat beli-belah Paradigm, Petaling Jaya.

Bertapak sejak 2012, ia tidak menyatakan sebab penutupannya. Namun restoran itu masih boleh didapati di Seoul, Filipina dan Kanada.

Sumber: Malay Mail



Sumber Makin banyak francais dunia tutup kedai di Malaysia kerana gulung tikar

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sUpmlc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.