Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bapa Jual Anak-anak Untuk Beli Dadah, Nenek Berusaha Pertahan Satu-satunya Cucu yang Tinggal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bapa Jual Anak-anak Untuk Beli Dadah, Nenek Berusaha Pertahan Satu-satunya Cucu yang Tinggal

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Mesti kita tidak dapat bayangkan apa yang akan jadi pada hidup kita tanpa pertolongan ibu bapa, bukan?



Namun, tidak semua menerima nasib yang sama. Bagi Ah Bi, bukan sahaja dia tidak mendapat kasih sayang secukupnya malah adik beradiknya telah dijual kepada orang asing oleh bapanya sendiri. Eh sampai hati jual anak!

Sumber : The Star

Ah Bi, yang baru sahaja berumur 7 tahun telah ditinggalkan ibunya sendiri pada umur 3 bulan manakala ayahnya pula seorang penagih dadah.

Bapanya mempunyai 4 orang anak, 2 orang bersama bekas isterinya manakala 2 lagi bersama kekasihnya dan semuanya berumur di antara 5 hingga 9 tahun. Semasa anak pertama lahir, dia telah menjualnya kepada seorang transgender ketika baru berusia 8 bulan.

Oleh kerana ketagihan dadah, dia sanggup menjual 3 orang anaknya kepada orang tidak dikenali semata untuk mendapat wang lebih bagi membiaya semua kos dadahnya. Kejam!

Gambar hiasan

Neneknya, Man Tai Hoh, telah menjaga Ah Bi sejak kecil lagi di rumah flat di Larkin, Johor Bharu meskipun sudah tua dan tidak begitu berkemampuan.



Menurut The Star, Hoh mencari duit makan dengan hanya mengutip kadbod dan tin kosong selain turut mendapat bantuan bulanan sebanyak RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sumber : The Star

Selama ini, dia bersungguh-sungguh menjaga cucunya bagai menatang minyak yang penuh dan telah menghantar Ah Bi ke sekolah beserta kelas tuisyen meskipun terpaksa melalui pelbagai kepayahan.

Kini, dia merasakan sudah sampai masa untuk Ah Bi mendapat keluarga baru kerana dia sudah berumur dan tidak mampu lagi menjaganya disebabkan masalah kesihatan yang dihadapi.

Sumber : The Star

Sebolehnya, dia ingin Ah Bi berada di bawah jagaan keluarga baru dengan segera kerana dia tidak mahu ayahnya menjual cucunya lagi seperti mana dia pernah lakukan pada 3 anak yang sebelum ini.

“Saya menjaga Ah Bi seperti menjaga nyawa saya sendiri. Saya masih bernafas kerananya,” katanya.



Dia tidak mahu meletakkan Ah Bi di dalam rumah anak yatim kerana takut akan menerima nasib yang sama seperti adik-beradiknya.

Sumber : The Star

Namun, Hoh hanya akan bersetuju untuk memberi Ah Bi di bawah jagaan orang lain jika keluarga angkat baru akan berjanji untuk menjaga kanak-kanak itu dengan baik dan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Malang sungguh nasib Ah Bi, semoga adalah keluarga baru yang berhati mulia akan menjaga dan menyayanginya dengan sepenuh hati!

Baca : Wanita Kongsi Kisah Dijual Kepada Rumah Pelacuran di JB Untuk Bayar Hutang Dadah Bekas Suami

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2toDh6z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.