Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bengkel Kereta Kenakan Caj Terlalu Mahal Sehingga RM4000, Wanita Ini Dedahkan Penipuan Mekanik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bengkel Kereta Kenakan Caj Terlalu Mahal Sehingga RM4000, Wanita Ini Dedahkan Penipuan Mekanik


Sebaran berita di media sosial sangat berkesan untuk orang ramai menceritakan dan berkongsi apa sahaja keadaan sebenar tentang sesuatu kisah yang dapat mengingatkan orang ramai atau sebagai amaran agar kisah serta kejadian tersebut tidak akan berlaku lagi kepada orang lain.

Seorang wanita, Norshaheera Jamaludin mengambil kesempatan di atas kuasa internet dengan menyebarkan satu amaran yang akan menjadi peringatan kepada orang ramai apabila beliau mendakwa telah mengalami kerugian yang amat besar setelah ditipu oleh seorang mekanik kereta yang dikatakan tidak jujur menjalankan tugasnya.

Menurut wanita terbabit, dia telah pergi ke sebuah bengkel yang terletak berdekatan dengan sebuah kuil di Sungai Petani untuk menukarkan karburator kereta Kancilnya. Mekanik terbabit dikatakan telah mengenakan caj yang tidak masuk akal dan terlalu mahal dengan jumlah sebanyak RM4010.


Menerusi resit yang dikongsikan wanita itu di media sosial jelas menunjukkan pihak bengkel berkenaan telah menulis berbagai jenis barang alat ganti untuk kereta Kancil 660CC kepunyaan wanita itu, walau bagaimanapun, tiada sebarang penukaran alat ganti yang berlaku seperti yang ditulis di dalam resit berkenaan. Lebi mengejutkan, karburator kereta wanita itu sepatutnya ditukar tetapi didapati pihak bengkel berkenaan tidak menukarkan sebarang alat pada keretanya itu.

Wanita terbabit turut mendakwa dia pernah menghantar kereta jenis Proton ke bengkel ini sebelum ini dan dia turut dikatakan langsung tidak menyedari bahawa dirinya telah ditipu dengan pihak bengkel berkenaan selama ini.



Setelah menyedari tentang kejadian ini dan dengan niat tidak ingin berlaku lagi kepada orang lain, Norshaheera telah berkongsi tentang penipuan bengkel tersebut di media sosial yang akhirnya telah jadi tular, malah turut dikongsikan segelintir netizen yang mendakwa mengalami nasib yang sama akibat ditipu.

Menurut salah seorang netizen, keretanya telah rosak di tengah jalan dan keretanya itu dibawa ke bengkel yang sama untuk dibaiki. Pada keesokkan harinya setelah beliau pergi semula ke bengkel berkenaan dia mendapat enjin milik keretanya itu telah dikeluarkan tanpa kebenaran.

Apabila ditanya di mana-mana barang-barang serta alatan keretanya itu, pihak bengkel berkenaan dikatakan berpura-pura mencari barang-barang itu dan akhirnya mereka mengatakan telah hilang yang menyebabkan beliau terpaksa membayar RM1000 atas kehilangan berkenaan.

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati ketika menghantar kenderaan atau kereta ke bengkel seperti ini. Anda perlu memastikan pihak bengkel berkenaan boleh dipercayai dan tidak mengenakan caj yang melampau serta tidak munasabah. 

Sumber: Koleksi Viral


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2toFIX5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.