Hi! Welcome Back and Stay Tune! Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak Bermula 10 Julai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak Bermula 10 Julai

KUALA LUMPUR – Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 akan mula berkuat kuasa pada 10 Julai ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurut catatan dalam laman Facebooknya hari ini, Azalina berkata beliau telah menandatangani Dokumen Penetapan Tarikh Permulaan Kuat Kuasa Akta itu di pejabatnya di Parlimen petang tadi.

Dengan meletakkan hash tag #HentikanMY, #NegaraKuMalaysia dan #WalkTheTalk, beliau turut memuat naik gambarnya sedang menandatangani dokumen akta berkenaan di laman sosial itu.

Akta yang diluluskan pada April lepas itu bertujuan melindungi kanak-kanak 18 tahun ke bawah daripada jenayah seksual yang selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001.

Individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan seksual terhadap kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan boleh dihukum sebat.

Di bawah akta itu juga, individu-individu yang didapati membuat, memiliki dan mengedarkan pornografi kanak-kanak, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 30 tahun dan enam kali rotan, serta didenda sehingga RM5,000 jika didapati memegang maklumat mengenai kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tp442I

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.