“Itukan berdosa” – Sajat kecewa gambar ‘mengandung’ dihina
Nur Sajat Kamarul Zaman menggesa tiada pihak yang menghina gambarnya dalam keadaan hamil kerana ia satu dosa.
Usahawan kosmetik berkata gambar yang tular di media sosial itu diambil empat tahun lalu dalam sebuah penggambaran video komersial.
Baca:
Nur Sajat kongsi pengalaman ‘mengandung’ ketika tahun 2013
“Biasalah, orang cantik selalu kena kecam. Sajat tahu apa Sajat buat.
“Jangan hanya kerana gambar, mereka nak menghina dan menghukum Sajat. Itukan sudah dosa.
“Dulu Sajat sekadar orang biasa, makan gaji dan kehidupan macam orang biasa. Tidak ada pula yang nak kecam.
“Bila Sajat dah berada di tahap sekarang, banyak yang cuba nak memperlekehkan Sajat. Itu adalah normal,” katanya seperti dilaporkan portal mStar.
Gambar tersebut pernah dimuat naik di akaun Instagram miliknya ketika Sajat diminta menggayakan penampilan wanita hamil.
Sajat berkata sebelum bergelar usahawan, beliau pernah menjadi model dan penari namun apa yang dilakukan kurang disenangi pengguna media sosial.
“Memang saya ‘upload’ gambar ini, tetapi tujuannya hanya berkongsi kerjaya Sajat saja.
“Dulu pun biasa jadi pelakon tambahan, jadi tidak salah kita nak jadi watak apa pun.
“Tidak ada pun yang lebih, yang terlebih mengata itu adalah netizen,” beliau dilaporkan berkata.
Sumber: Malay Mail
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2totYDV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment