Kanada Merekod Tambahan 45,300 Pekerjaan Melebihi Jangkaan
Selain dari data pekerjaan Amerika Syarikat, Kanada juga mengeluarkan data sama pada pukul 8.30 pm tadi. Kanada merekod kenaikan 45,300 pekerjaan pada Jun berbanding jangkaan 12,000. Ini merupakan bulan kedua berturut-turut data merekod peningkatan lebih dari jangkaan.
Pekerjaan sepenuh-masa bertambah sebanyak 8,100 pada Jun, manakala pekerjaan saparuh-masa naik 37,100 yang meningkat 3.0% dari tahun ke tahun.
Kadar pengangguran bertambah dari 6.5% kepada 6.6% dengan kadar penyertaan dalam tenaga buruh meningkat kepada 65.9% dari 65.8%. Jangkaan kadar pengangguran tidak berubah dari 6.6%.
Terdapat kejatuhan dalam jumlah pekerjaan-sendiri yang meningkat kepada 70,000.
Pekerjaan dalam sektor pembuatan meningkat 2,900 pada Jun.
Bank of Canada (BoC) dijangka lebih optimis terhadap ekonomi di masa hadapan dengan pengukuhan pasaran pekerjaan dua bulan berturut-turut. Hal ini akan meningkatkan potensi kenaikan kadar faedah BoC dalam beberapa bulan akan datang.
Dolar Kanada mengukuh dengan mendadak selepas data ini dikeluarkan dengan Usd/Cad ketika ini telah jatuh 100 pip setakat pukul 10.56 pm.
The post Kanada Merekod Tambahan 45,300 Pekerjaan Melebihi Jangkaan appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sOEwxy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment