Pengeluaran Industri UK Jatuh 0.1%, Gbp/Usd Jatuh Hampir 50 Pip
Pengeluaran industri di UK merosot 0.1% pada Mei berbanding jangkaan pasaran 0.3%. Pengeluaran dalam sektor pembuatan jatuh 0.2% pada tempoh sama yang mana di bawah jangkaan pertumbuhan 0.5% di mana dari tahun ke tahun meningkat 0.4%.
Sektor farmasi melemah pada tempoh sama, begitu juga sektor tenaga yang merosot disebabkan faktor cuaca.
Ekonomi Britain semakin perlahan pada 2017 selepas keputusan pengundi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah dalam referendum Jun 2016.
Pengguna di UK yang merupakan pemandu utama pertumbuhan ekonomi kini menunjukkan data perbelanjaan yang merosot berikutan peningkatan inflasi. Inflasi pula banyak disebabkan kesan dari Brexit sehinggakan Pound menyusut nilai.
Walaubagaimanapun, kebimbangan ketika ini adalah kepada kurangnya kapasiti dalam ekonomi dan juga terdapat bukti penangguhan penghantaran barangan yang telah ditempah. Faktor-faktor ini akan menjadi halangan terbesar pertumbuhan pengeluaran dalam jangka masa sederhana.
Oleh itu, adalah sukar untuk sektor perindustrian mengimbangi pertumbuhan dalam perbelanjaan runcit seterusnya mengurangkan potensi pengetatan polisi Bank of England.
Data UK yang lain juga lemah daripada jangkaan dengan kejatuhan 1.2% dalam sektor pembinaan.
Matawang Gbp melemah selepas data ini dikeluarkan dengan Gbp/Usd jatuh hampir 50 pip.
The post Pengeluaran Industri UK Jatuh 0.1%, Gbp/Usd Jatuh Hampir 50 Pip appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2txpid2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment