Hi! Welcome Back and Stay Tune! SPRM Tahan Pegawai Kastam Sarawak Disyaki Rasuah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SPRM Tahan Pegawai Kastam Sarawak Disyaki Rasuah


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kastam di Sarawak kerana disyaki meminta rasuah daripada sebuah syarikat bagi memudahkan proses pengeksportan bahan-bahan 'piping and associated facilities' ke luar negara.

Sumber SPRM memberitahu bahawa suspek berusia 53 tahun itu ditahan di hadapan sebuah hentian bas di Bintulu, Sarawak pada 10.32 petang semalam.

"Perbuatan suspek terbongkar selepas orang awam membuat laporan kepada SPRM dan mengadu lelaki itu meminta wang berjumlah ribuan ringgit untuk proses melepaskan barangan eksport.

"SPRM sudah bertemu dengan wakil syarikat yang menjadi mangsa untuk mendapatkan maklumat dan mendapati suspek telah meminta RM42,985 (US$10,000) bagi memudahkan pengeksportan bahan berkenaan," kata sumber itu di sini.

Sumber itu berkata SPRM kemudian bekerjasama dengan syarikat berkenaan dalam satu operasi dan suspek dapat diberkas bersama-sama wang tunai berkenaan.

SPRM turut merampas dua telefon bimbit dipercaya milik suspek yang digunakan dalam urus niaga berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

"Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu sekiranya mereka didapati terlibat dalam perbuatan rasuah dan salah guna kuasa dalam isu ini.

"Selain itu, kemungkinan lebih ramai akan dipanggil sekiranya perlu bagi membantu pasukan penyiasat melengkapkan siasatan," katanya.

Azam berkata suspek direman sehingga Rabu depan dan disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tU3SZQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.