Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tingkatkan Ilmu Hingga Jadi Pakar Perubatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tingkatkan Ilmu Hingga Jadi Pakar Perubatan

SUNGAI BULOH – Anggota kumpulan perkhidmatan sokongan kesihatan disaran meningkatkan ilmu dengan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi bagi membolehkan mereka berdaya saing bukan sahaja di dalam negara malahan di luar negara.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kumpulan perkhidmatan ini yang memiliki pendidikan tahap diploma sewajarnya meneruskan pengajian serta menjadi pakar dalam bidang perubatan masing-masing.

“Bila telah menjadi pakar, mereka akan ‘marketable’ dalam bidang masing-masing. Contohnya tenaga pakar dalam bidang kejururawatan amat laku di negara Timur Tengah.

“Gaji pekerja (jururawat) Malaysia yang bekerja di sana sudah hampir menyamai gaji pekerja (jururawat) dari United Kingdom. Hal ini menunjukkan tenaga pekerja kita diiktiraf di negara tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Orientasi Ambilan Julai 2017 pelatih perkhidmatan sokongan kesihatan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh di sini hari ini.

Dr Hilmi juga meminta para pelatih perkhidmatan sokongan kesihatan itu untuk menggunakan peluang mengikuti pengajian di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) dengan sebaiknya kerana mereka berpeluang cerah untuk diserapkan ke dalam perkhidmatan kerajaan.

Beliau berkata sebagai pelatih ILKKM yang diletakkan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, mereka mempunyai kelebihan untuk diserap masuk ke perkhidmatan kerajaan setelah tamat pengajian kelak.

“Pelatih yang terpilih untuk mengikuti kursus pra medik di ILKKM akan terus diserap masuk sebagai pegawai kerajaan berbanding penuntut jurusan perubatan seperti pergigian dan farmasi yang perlu melalui proses pelantikan secara kontrak terlebih dahulu sebelum diterima bekerja dalam sektor kerajaan,” katanya.

Seramai 195 pelatih mengikuti pengajian di kolej itu pada sesi ambilan Julai ini untuk mengikuti pelbagai kursus pra medik yang ditawarkan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tx9Rlc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.