Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peguam, pendakwah dan Siti Kasim bantah kenyataan Jakim bahawa orang Islam yang bela anjing perlu bertaubat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peguam, pendakwah dan Siti Kasim bantah kenyataan Jakim bahawa orang Islam yang bela anjing perlu bertaubat

Beberapa peguam dan aktivis Islam menolak tanggapan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) terhadap wanita yang membela anjing.

Peguam, pendakwah dan Siti Kasim bantah kenyataan Jakim bahawa orang Islam yang bela anjing perlu bertaubat

Peguam, pendakwah dan Siti Kasim bantah kenyataan Jakim bahawa orang Islam yang bela anjing perlu bertaubat

Mereka mempersoalkan kenyataan ketua pengarah Jakim semalam yang menggesa Nurhanizah Abdul Rahman bertaubat.

“[…] dalam mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan,” kata Tan Sri Othman Mustapha.

“Justeru, Jakim berharap individu tersebut perlu segera memberhentikan perbuatan tersebut dan kembali bertaubat kepada Allah.”

Hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggesa orang ramai “memahami etika dan peraturan” mengendali haiwan tersebut.

Namun kenyataan Jakim itu dibantah oleh pendakwah, peguam hak asasi dan aktivis. Pandangan mereka di media sosial seperti berikut:

Pendakwah Wan Ji Wan Hussin:

Tiada satu nas daripada al-Quran dan hadis menyatakan haram pegang anjing. Tiada satu pandangan ulama muktabar pun yang mengatakan haram pegang anjing.

Yang ada, mazhab Syafie menyatakan perlu basuh apabila menyentuh atau tersentuh anjing dengan tujuh kali basuh, salah satunya dengan air tanah.

Saya kira, mendesak agar bertaubat itu tidak tepat, kerana ia tidak melibatkan kepada dosa langsung. Dosa ditentukan oleh wahyu, bukan Jakim.

Peguam hak asasi Syahredzan Johan:

Jakim tidak ada bidangkuasa untuk menentukan hukum (kecuali dari segi pengeluaran pensijilan Halal) mahupun mengelurkan fatwa.

Jakim tidak ada bidang kuasa untuk “menegur” atau “menasihati” sesiapa tentang hukum hakam membela anjing.

Oleh itu, Jakim tidak wajar campur tangan dalam apa yang sepatutnya dalam bidang kuasa majlis agama dan mufti-mufti.

Peguam dan aktivis Siti Kasim:

Jakim menghina Islam. [Selepas memetik ayat 4 surah al-Maaidah], bertaubatlah Jakim. Anda melanggar kata-kata Tuhan.

Penulis dan penggiat masyarakat Anas Zubedy:

Selepas tonton video Nurhanizah, saya teringat kisah Nabi di mana beliau sarankan seorang wanita dijanji syurga kerana buat baik pada anjing. Salam. 

Sumber: Malay Mail



Sumber Peguam, pendakwah dan Siti Kasim bantah kenyataan Jakim bahawa orang Islam yang bela anjing perlu bertaubat

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tZ8rmy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.