Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anak derhaka ugut ibu dengan pisau di Kampung Tambirat kena 6 bulan di Penjara Puncak Borneo - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anak derhaka ugut ibu dengan pisau di Kampung Tambirat kena 6 bulan di Penjara Puncak Borneo

SERIAN: Padah menjadi anak derhaka, seorang lelaki berusia 28 tahun menjadi penghuni penjara Puncak Borneo selama enam bulan bermula tarikh tangkapannya, 1 Julai lalu.

Semuanya gara-gara tindakannya mengugut ibunya sendiri menggunakan pisau di rumah mereka di Kampung Tambirat pada 30 Jun lalu.

Hukuman penjara tersebut diputuskan oleh Hakim Marutin Pagan di Mahkamah Majistret Serian, setelah mengambil kira lelaki terbabit mengaku salah perbuatannya.

Suspek mengaku salah melakukan perbuatan tersebut pada 30 Jun lalu, sekitar jam 2 petang sebelum ditangkap keesokan harinya.

Kes dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Tertuduh sebelum ini pernah memiliki rekod jenayah dengan memasukkan dadah ke dalam badan. -Sarawakvoice



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tSGMCX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.