Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lebih 100 'Resume' Lamar Ervan Rizuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lebih 100 'Resume' Lamar Ervan Rizuan



PETALING JAYA: Selepas kisah 'lelaki jelita' tular di media sosial sejak Isnin lalu, empunya diri tampil membuat pengakuan bahawa dia tidak menang tangan untuk membalas setiap mesej yang dihantar calon-calon isteri melalui laman sosial.

Sehingga petang Rabu, Ervan Rizuan telah menerima lebih 1,000 direct message (pesanan peribadi) dan 100 'resume' daripada peminat wanita dari dalam dan luar negara.

"Ada yang hantar gambar dan resume macam nak minta kerja, janda pun ada. Setakat ini, yang paling jauh dari Indonesia dan Australia.

"Saya tak sempat nak tengok semua lagi. InsyaAllah kalau sudah jumpa yang berkenan nanti, saya akan aturkan janji temu untuk kenal si dia dengan lebih dekat," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Ketika ditanya mengenai peluang rakan wanita yang sudah lama mengenalinya dan berhasrat untuk mencuba nasib, personaliti media sosial yang memiliki 271,000 pengikut di Instagram itu 'menolak' secara baik.

"Kawan perempuan tu ada lah sedikit, tapi kalau sudah anggap kawan, kawan sahaja sampai selamanya.

"Jadi, kita serah semua kepada Allah sahaja. Calon-calon yang nak mendekati saya InsyAllah semuanya baik-baik," ujarnya.

Selain mencari bakal isteri yang mempunyai minat dan kesungguhan dalam bidang perniagaan, Ervan Rizuan tidak meletakkan standard yang tinggi terhadap bakal suri hatinya.

Bagi pemuda yang berusia 22 tahun itu, cukup sekadar wanita yang berjaya mencuri hatinya itu nanti tidak bersikap palsu.

"Saya tidak memandang rupa kerana saya memang bukan jenis yang memilih kawan. Cuma, saya nak berkawan dengan orang yang sanggup susah senang dengan saya.

"Perempuan sekarang dekat Intagram semuanya putih dan cantik-cantik je, tapi betul ke di luar pun sama. Asalkan bukan fake, kalau realitinya pun sama dan semuanya okay, ada jodoh tak ke mana," jelas Ervan Rizuan.

Terdahulu, mStar Online pada Selasa melaporkan anak jati Terengganu itu memuat naik status berkenaan di Facebook dan Instagram miliknya pada petang Isnin dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Menerusi posting berkenaan, Ervan Rizuan memaklumkan bahawa dia berbuat demikian bagi memenuhi permintaan ibu bapanya yang mahu melihat dia mendirikan rumah tangga. - Mstar


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uJeatg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.