Hi! Welcome Back and Stay Tune! KEAMANAN DAN KEGEMBIRAAN RAKYAT MALAYSIA: KUATNYA FITNAH PEMBANGKANG - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KEAMANAN DAN KEGEMBIRAAN RAKYAT MALAYSIA: KUATNYA FITNAH PEMBANGKANG

1. Politik hari ini penuh dengan fitnah parti pembangkang tentang politik negara.

2. Antaranya mereka menuduh negara Malaysia tidak aman dan kehidupan rakyat tidak sejahtera. Tujuannya adalah menakutkan dan menimbulkan rasa benci rakyat kepada kerajaan.

3. Tuduhan pembangkang ini jauh dari fakta sebenar. Jika kita memberikan data sebenar dari laporan kerajaan, mereka menyatakan data itu tidak boleh dipercayai.

4. Bagaimana pula jika saya berikan data dari laporan indeks keamanan negara dengan menggunakan data Indeks Keamanan Global 2017 (Global Peace Index). Data ini diterbitkan oleh Institute for Economics and Peace dan diterima pakai di seluruh dunia untuk mengukur tahap keamanan sesebuah negara.

5. Global Peace Index (GPI) menggunakan 22 indikator untuk mengukur tahap keamanan ini. Antaranya ialah bilangan konflik yang berlaku dalam dan luar negara, bilangan kematian yang berlaku akibat konflik, tahap hubungan dengan negara jiran, aktiviti terorisme, ketidakstabilan politik, tahap keganasan jenayah, bilangan orang yang dipenjara bagi setiap 100,000 penduduk, bilangan anggota tentera dan polis bagi setiap 100,000 penduduk, kemudahan rakyat mendapatkan senjata dan beberapa lagi.

6. Dengan menggunakan indikator ini, GPI meletakkan Malaysia di tangga 29 negara teraman di dunia dari 163 buah negara. Indeks ini juga meletakkan Malaysia sebagai negara kelima paling aman di rantau Asia Pasifik selepas New Zealand, Australia, Jepun dan Singapura.

7. Kedudukan Malaysia ini lebih baik dari negara anggota Asean lainnya. Misalnya, Laos berada di tangga 48, Indonesia (52), Vietnam (59), Kemboja (89), Myanmar (104), Thailand (120), dan Filipina (138).

8. Kedudukan Malaysia yang aman ini juga adalah jauh lebih baik dari negara-negara kuasa besar seperti United Kingdom yang berada di tangga 41, Amerika Syarikat (114), China (116), dan Rusia (151).

9. Dengan data ini, apakah rasional parti pembangkang mendakwa Malaysia sebagai negara yang tidak selamat dan tidak aman? Kenapakah mereka tidak menghargai usaha kerajaan yang berjaya menjadikan Malaysia ini sebagai negara selamat dan sejahtera untuk rakyat? Inilah yang menghairankan saya dengan fitnah berterusan parti pembangkang menafikan kejayaan negara kita.

10. Tidak hanya itu. Pembangkang juga mendakwa rakyat negara ini tidak lagi gembira di bawah pemerintahan Najib. Asas dakwaan mereka ialah kos hidup yang tinggi akibat pelaksanaan GST, rasuah yang berleluasa, jenayah yang tidak terbendung, dan lainnya.

11. Betulkah rakyat Malaysia tidak gembira dan hidup dalam suasana kecewa dan tertekan? Mengikut World Happiness Report 2017, Norway, Denmark, Iceland, Switzerland, Finland, Belanda, Kanada, New Zealand, Australia dan Sweden adalah sepuluh negara yang rakyatnya paling gembira di dunia.

12. Nilai kegembiraan ini diukur dengan menggunakan lapan indikator iaitu pendapatan GDP per kapita rakyat, sokongan sosial kerajaan, jangka hidup rakyat, kebebasan rakyat untuk membuat pilihan hidup, sikap kemurahan hati rakyat, kadar salah laku rasuah, tahap keyakinan rakyat dan sikap kemanusiaan rakyat.

13. Dalam laporan ini, kegembiraan rakyat Malaysia adalah di tangga 42 daripada 155 buah negara, jauh lebih baik dari negara Asean lainnya kecuali Singapura (26) dan Thailand (32).

14. Bagi negara Asean lainnya, Filipina berada di tangga 72, Indonesia (81), Vietnam (94), Myanmar (114), dan Kemboja (129). Malah bagi negara maju, Poland berada di tangga 46, Itali (48), Rusia (49), Korea Selatan (55), dan Hong Kong (71).

15. Tidakkah data ini menunjukkan tahap kegembiraan dan kesejahteraan hidup rakyat bukanlah seperti yang digambarkan oleh parti pembangkang? Inilah yang saya katakan betapa selama ini parti pembangkang memfitnah tentang kejayaan yang dicapai oleh negara kita.

16. Kita akui masih banyak ruang yang perlu diperbaiki untuk menjadikan negara kita terbaik dalam kalangan negara yang baik. Itulah yang sedang kita lakukan sekarang. Malangnya, dalam usaha kita mengorak langkah ke depan, pembangkang pula semacam histeria menyatakan negara kita lemah dan merudum jatuh ke belakang.

17. Semoganya catatan ini boleh memberikan gambaran sebenar kedudukan keamanan dan kegembiraan rakyat kita. Data yang diberikan menunjukkan betapa selama ini kejayaan kita banyak diputar belitkan oleh pembangkang. Kuatnya fitnah pembangkang.

Salleh Said Keruak

– http://ift.tt/2sLzVXW

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tfVFih

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.