Hi! Welcome Back and Stay Tune! Elektrik Haram: SESB Perlu Tegas Di Kawasan Setinggan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Elektrik Haram: SESB Perlu Tegas Di Kawasan Setinggan

TAWAU – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) perlu bertindak tegas dalam menangani kegiatan mencuri bekalan elektrik di kawasan perumahan setinggan di negeri ini, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat.

Beliau berkata, penyambungan elektrik secara haram menggunakan pelbagai teknik menjadi punca kepada kebakaran besar yang berlaku pada setiap tahun di negeri ini dengan kes terbaru melibatkan 261 rumah di Kampung Hidayat, Batu 4, Jalan Apas dekat sini, Sabtu lepas.

“Insiden ini sepatutnya cukup memberi pengajaran kepada semua pihak dan pihak SESB perlu mengawal kegiatan mencuri bekalan elektrik yang semakin berleluasa,” katanya.

Hamisa, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Tanjong Batu, berkata kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan beras di pusat operasi bantuan untuk mangsa kebakaran Kampung Hidayat, Batu 4, Jalan Apas di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar  sikap tidak bertanggungjawab sesetengah penduduk kampung yang mencuri bekalan elektrik sehingga menimbulkan kesusahan kepada pengguna elektrik berdaftar yang lain.

“Sedarlah tentang bahaya melakukan sambungan elektrik haram sehingga mendatangkan masalah dan beban kepada orang lain, jangan penting diri dan jadilah manusia bertanggungjawab,” katanya.

Dalam pada itu, Hamisa turut mengulangi saranan agar setiap rumah disediakan sebuah alat pemadam api dan sekiranya berlaku kebakaran masih boleh dikawal dengan pantas.

“Kalau kita boleh beli barang lain kenapa alat pemadam api kita tidak mampu beli, sedangkan benda itu (alat pemadam apo) diperlukan untuk keselamatan rumah,” katanya.

Dalam kejadian Sabtu lepas, sebanyak 261 buah rumah atas air musnah mengakibatkan 1,960 orang tinggal sehelai sepinggan.  – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tXUbKU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.