Hi! Welcome Back and Stay Tune! Intel Dilaporkan Menutup Bahagian Peranti Boleh-Pakai – Kini Memfokuskan AR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Intel Dilaporkan Menutup Bahagian Peranti Boleh-Pakai – Kini Memfokuskan AR

Intel sebagai syarikat teknologi memfokuskan pemprosesan, sebelum ini turut memfokuskan kepada pembangunan peranti boleh-pakai, termasuk memperlihatkan beberapa produk dibawah jenama Basis. Untuk makluman, Intel sebelum ini telah mengambil-alih pengeluar peranti boleh-pakai Basis pada tahun 2014 yang lepas.

Walaubagaimanapun, dengan cabaran dan persaingan sengit dalam arena berkenaan, ia dikatakan Intel kini telah menutup bahagian peranti boleh-pakai mereka. Selain daripada bahagian peranti boleh-pakai, baru-baru ini Intel turut telah menamatkan pengeluaran produk peranti berhubung mereka, Edison, Galileo dan juga Joule.

Intel Basis Peak

Langkah ini mungkin akan membolehkan Intel memfokuskan kepada beberapa arena teknologi baru yang lain. Menurut laporan CNBC, Intel kini memfokuskan kepada arena AR (augmented reality). Arena ini turut menerima fokus tinggi daripada beberapa syarikat teknologi lain, termasuk Google, Apple, Facebook dan juga Microsoft.

Buat masa ini, Intel tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan laporan mengenai penutupan bahagian pengeluaran peranti boleh-pakai ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uauzrB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.