Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Jangan Nak Kecam Sangat! Siapa Tak Puas Hati Call Aku” Aliff Aziz Mengamuk Ajak Siapa Yang Kecam… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Jangan Nak Kecam Sangat! Siapa Tak Puas Hati Call Aku” Aliff Aziz Mengamuk Ajak Siapa Yang Kecam…

Kes Aliff Aziz Dan Afifah Nasir Makin Kecoh

Satu gambar dikongsikan oleh netizen mengatakan Aliff Aziz mengamuk dilaman twitter dimana kasyen tersebut seolah mengajak orang bergaduh kerana bengang ramai yang mengecamnya.

Gambar tersebut dikongsikan oleh netizen yang bernama Meimei Ninna Ricci. Hasil tinjauan kami kami tidak dapat mengesahkan kenyataan tersebut dan kesahihan jua tidak diketahui sama ada iainya benar atau tidak.

Namun apa yang kami temui rata-rata masih mengecam Aliff Aziz dan Afifah nasir..

Saya Tak Kisah Apa Orang Nak Cakap Mengenai Saya – Aliff Aziz

Sebelum ini bukan sedikit kontroversi yang hinggap dalam kamus hidup pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura ini.

Malah kisah kontroversi yang menghimpit Aliff Aziz semuanya berkisarkan hal peribadi serta percintaannya yang sering kali mendapat liputan pihak media.

Enggan menoleh ke belakang, Aliff menyatakan dia kini mahu melupakan segala kontroversi yang pernah menimpa dirinya suatu ketika dahulu.

Sebaliknya figura berusia 24 tahun ini mahu terus memantapkan karier nyanyian dan lakonan untuk terus bertahan dalam bidang seni tempatan.

“Apa sahaja kontroversi yang pernah timbul sebelum ini, saya tidak mahu ingat atau pandang lagi. Bermakna apabila album baru ini ditampilkan, bermakna ia juga bawa imej, semangat dan InsyaAllah pemikiran saya yang lebih matang.

“Saya tidak kisah apa yang orang nak cakap tentang saya sebelum ini, cukuplah saya ambil ia sebagai satu iktibar. Tapi sebagai manusia biasa saya tidak akan lari daripada buat salah,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Nama Aliff sebelum ini dikaitkan dengan Zarina Anjulie, Anne Ngasri dan Adira Suhaimi serta gaya hidup liar bersosial di kelab-kelab hiburan.

Dalam perkembangan lain, Aliff kini sedang memberi fokus kepada pembikinan album keempatnya yang akan menjengah pasaran tidak lama lagi.

Perangai Aliff Aziz Teruk, Seluruh Produksi Berang

“MEMANG kami marah sangat dengan dia. Sebab dia buat hal, seluruh produksi kena tanggung. Jadual berubah, terpaksa tunda shooting hari lain pula,” kata seorang kru drama kepada Syed baru-baru ini.

Alamak, apa yang tak kena sampai kru produksi marah-marah? Apa yang Aliff Aziz buat sampai ada yang serik nak ambil dia berlakon lagi?

Syed mula-mula tak faham sangat sebab apa. Tapi apabila dirisik-risik memang Aliff banyak sangat buat hal di lokasi sampaikan orang produksi sudah tak tahan dengan perangainya.

Betul ke macam itu? Setahu Syed, Aliff ini tak seteruk yang disangka. Kalau orang yang rapat dengan dia tentu tahu yang dia memang lelaki yang baik dan hormat orang.

Tapi apa yang diceritakan oleh kru itu kepada Syed berlainan benar. Sebab mereka memang marah dan tak berapa kuasa nak layan perangai Aliff yang digambarkan cukup teruk.

“Sepatutnya shooting berakhir dalam masa tiga hari. Tapi hari kedua dia hilang terus dari set. Hari ketiga semua jadual pelakon terpaksa diubah sebab Aliff buat hal.

“Bukan sahaja kru mengamuk tapi pelakon lain juga terpaksa datang hari lain untuk habiskan penggambaran. Ada pelakon yang sepatutnya masuk set penggambaran lain tapi apabila Aliff tak datang terpaksa mereka jadualkan semula tugas.

“Cuma masing-masing tak kuasa nak marah-marah sebab Aliff bukan budak kecil lagi. Dah boleh fikir kesan kepada orang lain apabila dia tak datang lokasi,” bentak kru ini lagi.

Setahu Syed, Aliff memang ada ada masalah kesihatan sampaikan dia terpaksa dikejarkan ke hospital baru-baru ini. Tapi khabarnya tak ditahan di wad pun cuma masalah biasa-biasa sahaja.

Sumber : siakapkeli.my via Kepoh Kuat



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vb0ASN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.