Jurugambar papa kedana lepas disaman seekor monyet
SEDIH ada, kelakar pun ada. Tapi itulah hakikat yang dialami oleh jurugambar David Slater yang terpaksa menjadi papa kedana selepas bertarung mendapatkan hak cipta ke atas gambar swafoto seekor monyet.
Kamera miliknya dirampas oleh seekor monyet yang kemudiannya merakam beberapa keping gambar swafoto sehingga ia tular di Internet.
Memetik laporan The Guardian, Slater tidak mampu untuk membeli tiket penerbangan ke San Francisco bagi menghadiri perbicaraan di mahkamah pada rabu lalu.
Mahkamah rayuan Amerika Syarikat (AS) mendengar kes sama ada seekor monyet boleh mendapatkan hak cipta ke atas gambarnya, sementara Slater menonton prosiding itu menerusi penstriman langsung dari rumahnya di England.
Jurugambar itu bukan sahaja tidak mampu menggantikan kameranya yang telah rosak disebabkan oleh monyet berkenaan, malah tidak mempunyai wang untuk membayar peguamnya sendiri.
Kisah mengenai swafoto monyet mula hangat diperkatakan pada 2011 apabila Slater berkunjung ke Sulawesi, Indonesia dan menghabiskan masa beberapa hari mengikuti sekawan monyet.
Slater mendakwa bahawa gambar-gambar swafoto tersebut adalah miliknya walaupun monyet terbabit yang menekan butang pada kamera itu.
“Ia bukan kelakuan yang dilakukan oleh seekor monyet secara kebetulan. Ia memerlukan pengetahuan yang mendalam seorang jurugambar, kerja keras, penat lelah dan macam-macam perkara lagi,” kata Slater.
Gambar tersebut menjadi popular dan Slater memberitahu bahawa dia memperoleh beberapa ribu Pound Sterling untuk menampung kunjungannya ke negara itu.
Bagaimanapun, gambar tersebut mendatangkan masalah kepada Slater pada 2014 selepas dia meminta blog Techdirt dan Wikipedia untuk berhenti menggunakan imej berkenaan tanpa kebenarannya.
Kedua-dua laman web tersebut enggan berbuat demikian atas alasan gambar yang digunakan mereka tidak memiliki hak cipta memandangkan ia dirakamkan oleh seekor monyet.
Pertubuhan People for the Ethical Treatment of Animals (Peta) memfailkan saman ke atas Slater bagi pihak monyet berkenaan.
Pejabat Hak Cipta AS menyatakan pada 2014 bahawa mereka tidak dapat memberikan hak cipta kepada haiwan dan seorang hakim memutuskan pada 2016 bahawa monyet itu tidak boleh memiliki hak cipta kepada swafoto tersebut.
Sejak itu, kes itu diserahkan kepada mahkamah rayuan persekutuan AS untuk didengari semula.
Sumber: Mstar
Sumber Jurugambar papa kedana lepas disaman seekor monyet
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tguLnK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment