Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keadaan Rumah Bagai Dirompak Angkara 4 Penghuni Anak Dara Pelajar Universiti Pengotor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keadaan Rumah Bagai Dirompak Angkara 4 Penghuni Anak Dara Pelajar Universiti Pengotor

SEMENYIH, SELANGOR - Keadaan rumah iaitu hostel yang disediakan secara percuma kepada pelajar sebuah universiti swasta didapati amat kotor serta berbau busuk malah dibiarkan bersepah sejak seminggu lalu, lapor Harian Metro.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Azimah daripada syarikat swasta yang mengelolakan rumah terbabit berkata, keadaan rumah yang dikatakan meloyakan kerana berbau busuk itu disedari pada Jumaat lalu selepas kemasukan penghuni baru ke kediaman berkenaan.

Menurutnya, dia amat terkejut apabila mendapati barangan yang terdapat di dalam rumah berkenaan dan juga pakaian seperti dibiarkan bersepah dan tunggang-langgang seperti tongkang pecah.

Menurut Azimah lagi, "Sejak beberapa bulan lalu, hostel terbabit didiami empat penuntut wanita, dan saya sangka hostel kena rompak, tetapi rupanya rumah memang dibiarkan berselerak.

“Malah sebaik melangkah masuk, kami 'dihidangkan' dengan bau busuk amat meloyakan.

"Apabila diperiksa, rupanya bungkusan makanan lama sudah basi di atas meja, selain air kencing dan najis kucing pula bersepah di atas lantai," katanya.


Menurut Azimah, dia tidak menyangka keadaan kediaman terbabit begitu teruk kerana penghuninya bakal menggenggam segulung ijazah.

“Lebih mengecewakan, mereka adalah perempuan, dan sepatutnya bersyukur kerana syarikat bukan hanya memberi elaun latihan amali, malah turut menyediakan kediaman percuma.

"Sikap sambil lewa penuntut terbabit sedikit-sebanyak mencalarkan imej dan nama universiti swasta mereka," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Azimah turut memberitahu, sehingga kini masih tiada tindakan dikeluarkan oleh syarikatnya, namun dia mengharapkan amanah serta kemudahan kepada penuntut itu digunakan dengan sebaik mungkin.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tnHXde

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.