Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Mak, I Can’t Stop Baca Al-Quran, Dah Ketagih Ni..” – Wanita Ini Kongsi Tip Bagaimana Untuk Latih Anak Cintakan Al-Quran.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Mak, I Can’t Stop Baca Al-Quran, Dah Ketagih Ni..” – Wanita Ini Kongsi Tip Bagaimana Untuk Latih Anak Cintakan Al-Quran..


Mari kita ikuti, cara atau tip yang digunakan oleh Puan Aminah ini.

Saya dah lama sedar, jika kita selalu latih anak untuk baca Al-Quran setiap kali bila disuruh atau dijanji dengan reward, sebenarnya tak akan berjaya membentuk habit membaca Al-Quran

Jujurnya, anak saya juga saya ‘besarkan’ begini pada awalnya, walaupun dia mampu menghafaz hingga 5 Juz ada usia 5 tahun, tetapi itu hasil selalu ‘disuruh’ dan diupah ‘reward’

Saya selalu buntu bila fikirkan nanti dah besar macam mana nak ‘lekatkan’ hati anak dengan AlQuran


Syukur Allah timbulkan kesedaran dalam hati sy awal. Tak jemu saya berdoa setiap masa supaya diberi petunjuk jalan kaedah yang tepat lahirkan anak CINTA Al Quran

Alhamdulillah kini pada usianya hampir menginjak 7 tahun saya nampak perbezaan besar dalam ‘attitude baca Al-Quran anak’

Hingga beberapa kali keluar dari mulut anak, “Mak, I can’t stop baca Al-Quran, dah ketagih ni…”


Lalu dia baca dalam suaranya yang paling merdu dan dalam diam air mata saya mengalir

Allah, tidak dapat saya gambarkan perasaan saya, bahagia yang amat. Rupanya Allah menegur saya, saya dulu perlu berubah.


Beberapa perubahan yang saya buat sebelum sayadapat nampak ‘perubahan’ dalam diri anak:

1) Saya berhenti MENYURUH

Saya mula lazimi semula Al Quran..jika sebelum ni kadang-kadang saja baca Al-Quran, kini saya peruntukkan wajib setiap hari ada slot saya sendiri baca AlQuran. Antara maghrib ke Isya’ saya akan tangguhkan semua agenda shopping beli barang dapur dan sebaginya, pastikan diri saya duduk mengulang Al-Quran.

Saya mula nampak perubahan anak pada masa ni, mulanya dia hanya tengok dengan ekor mata,

Hari seterusnya bila saya konsisten mengulang Al-Quran, dia mula bawa rehal dan Al Quran dan dia mengulang surah-surah juzuk yang dah dihafaz

Saya tak perlu ‘SURUH’ lagi dan ia berlangsung setiap hari.


2) Kami Baca Bergilir Ayat Al-Quran

Setiap hari Jumaat wajib kami buat Halaqah, duduk dalam bulatan, baca Surah Al kahfi bergilir-gilir

Maklumlah Surah Al Kahfi kan panjang, cara untuk mudahkan anak mengulang surah ni ialah secara bergilir-gilir

Alhamdulillah, dapatlah baca bersama seluruh Al Kahfi

3) Tadabbur Terjemahan Al-Quran

Saya mula bertadabbur terjemahan Al-Quran, lalu saya bercerita pada anak terjemahan surah, datang pula minat anak untuk bertadabbur bersama.

Kemudian kami tadabbur makna ayat-ayat yang anak dah hafaz, saya nampak sinar dimata anak bila dia mula tahu makna-makna ayat yg dia hafaz sebelum ni

MasyaAllah, indah bercinta dengan Al-Quran


4) Cuba Hafaz Sama-Sama

Jika sebelum ni selalu saya minta anak menghafaz sendiri, terbaru ni saya cuba menghafaz sama-sama Surah Al Dzariyat

Baru saya tahu susahnya menghafaz dan faham apa yang anak lalui. Letak diri kita juga dalam kasut anak untuk faham peritnya dia berusaha menghafaz


5) Puji Anak Depan Suami

Bila nampak anak saya mula nak baca Al-Quran tanpa disuruh, saya bercerita perihal anak pada suami

Biasanya akan bertambah merdu bacaannya mungkin sebab sangat gembira. Seriously saya dah berhenti semua reward dan tutup mulut dari suruh anak mengulang Al Quran

Saya nampak yang kita dulu perlu JATUH CINTA dengan Al-Quran, baru mampu nak lahirkan anak PENCINTA AL QURAN

Ibu bapa perlu rasa RISAU bila selalu janji rewards untuk anak baca AlQuran, Segera TAKE ACTION dan berubah

Sama-sama kita lahirkan keluarga cinta Al-Quran.

-Pen Merah Press



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tOdmmK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.