Hi! Welcome Back and Stay Tune! Makcik Bawang Cakap Anak Aku 'Macam Anak Mamak',Aku Harap Tak Jumpa Spesis Makcik Mulut Puaka Macam Tu Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Makcik Bawang Cakap Anak Aku 'Macam Anak Mamak',Aku Harap Tak Jumpa Spesis Makcik Mulut Puaka Macam Tu Lagi




Betapa setiap ibu akan mempertahankan anaknya dengan apa cara sekalipun. Hatta kata-kata daripada orang yang tak dikenali pun boleh menggores hati seorang ibu. Ini cerita realiti yang terjadi dalam masyarakat kita.

Saya bukan nak tanya soalan tapi saja nak share satu cerita yang menyakitkan hati saya semalam.. Macam mana ye nak layan mulut makcik bawang yang sekarang ni makin banyak sangat kat luar sana?

Ceritanya semalam saya pergi majlis kesyukuran jiran. Ramai juga la yang layan anak saya. Anak saya baru 3 bulan. Dalam ramai-ramai orang tu, ada sorang makcik bawang sebelah saya tiba-tiba je dia cakap "macam anak mamak" cakap kuat-kuat pulak tu.

Padahal anak saya tak ada la hitam sangat pun. Kulit anak saya sawong matang. Saya terkejut dia cakap macam tu tanpa rasa bersalah. Depan-depan orang ramai dia hina anak saya.

Saya dengan rasa marah, terus ambil anak saya dan minta izin kat tuan rumah untuk balik.. Suami pun tak banyak cakap dan dia ikut je. Maybe dia pun marah dengan makcik tu.

Saya dan suami ambil keputusan balik terus (padahal baru sampai) sebab takut kalau lagi lama kat situ, lagi tak terkawal rasa marah kami. Sampai ke pagi ni saya masih teringat lagi kata-kata makcik bawang tu.

Kalau cakap sekadar bergurau, tak apa la saya boleh terima. Tapi makcik tu cakap serius siap jeling lagi kat anak saya. Saya harap sangat lepas ni saya dah tak jumpa dah spesies makcik-makcik bawang ni.

Maaf panjang sangat jalan cerita.

sumber :  Info Ibu Hamil

www.kakishare.my

Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uKJ73m

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.