Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Paling manang bah...' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Paling manang bah...'

"ORANG lain nda boleh lawan kamu semua ini bah."

Itu antara komen yang diterima 32 anak muda dari Kampung Lok Urai, Pulau Gaya di Kota Kinabalu, Sabah, selepas sepakat berpakaian sedondon pada 1 Syawal lalu.

Seorang daripada mereka, Abdul Ain Abdul Rakman, 23, berkata, idea memakai baju Melayu berwarna sedondon itu dimulakan sejak 2014 demi memeriahkan sambutan Aidilfitri.

"Kami membesar di Kampung Lok Urai dan rapat seperti keluarga termasuk bersekolah bersama-sama. Semangat setia kawan kami memang kuat.

"Ini adalah idea kami bersama dan menempah pakaian ini bersama-sama di bandar sejak sebelum Ramadan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Pada 2014, mereka berpakaian baju raya warna berbeza tetapi dengan rekaan sama, baju raya sedondon berwarna hitam pada 2015 dan baju raya sedondon berwarna perak pada tahun lalu serta baju berwarna merah untuk Syawal kali ini.

Abdul Ain berkata, mereka berusia antara 15 hingga 27 tahun dan kesemuanya masih bujang. Ada yang masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Gaya dan selebihnya bekerja di sekitar Kota Kinabalu.

"Kami sangat bangga setiap kali tiba Aidilfitri kerana ramai yang akan menegur kami berpakaian sedondon.

"Bukan saja orang kampung kami, tetapi juga orang di luar turut memperkatakan mengenai pakaian kami," katanya yang bekerja sendiri.

Abdul Ain berkata, baju berkenaan berharga RM210 sepasang dan ada antara mereka membuat bayaran deposit dahulu sebelum mengambilnya apabila sudah cukup wang.

Bercerita mengenai rutin Aidilfitri, Abdul Ain berkata mereka akan beraya di sekitar kampung pada hari raya pertama.

"Raya pertama memang kami akan beraya sama-sama di kampung dan di rumah masing-masing.

"Raya kedua kami beraya dan melawat rakan-rakan di luar seperti di Telipok dan Tuaran tetapi masih memakai baju raya yang sama," katanya.

Katanya, tahun ini adalah penyertaan paling ramai berpakaian sedondon berwarna merah itu berbanding tiga tahun sebelum ini kira-kira 20 orang saja.

"Kami susah mahu jawab perasaan tu macam mana. Memang bangga sendiri kalau jalan sama-sama.

"Kalau umur masih panjang, insya-Allah kami akan buat lagi selagi masih bujang," katanya.

Abdul Ain berkata, mereka memahami sekiranya ada di antara mereka berkahwin dan memilih untuk sedondon dengan keluarga masing-masing selepas ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tuNzQZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.