Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Pelacuran sebenarnya masalah besar di Malaysia” – bekas pegawai keselamatan hotel - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Pelacuran sebenarnya masalah besar di Malaysia” – bekas pegawai keselamatan hotel

Seorang bekas pengarah keselamatan hotel berkata pelacuran sebenarnya 1 “masalah besar” di negara ini berbanding gambaran diberikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khen-Han-Ming_Pelacuran_600

Baru-baru ini, Khalid mengakui pelacuran wujud di Malaysia tetapi menjelaskan pihak berkuasa dapat membendungnya.

Perunding utama JK Associates, Khen Han Ming berkata, pengalamannya sebagai pengarah keselamatan hotel dari 2012 hingga 2016 telah mendedahkan dirinya kepada isu menyeluruh bisnes pelacuran di negara ini dan mendakwa ia merupakan masalah yang lebih besar.

“Kita mempunyai 2 senario,” katanya kepada FMT.

Kata beliau, salah 1 senario adalah pelacuran paksaan manakala yang 1 lagi mereka yang melakukan dengan bebas.

“Pelacuran paksaan adalah apa yang kebanyakannya anda lihat di jalan-jalan seperti Bukit Bintang, Lorong Haji Taib, dan Jalan Chow Kit di mana pelacuran dijalankan dari rumah kedai atau hotel murah yang diubah suai menjadi pelacuran.

“Kemudian anda mempunyai mereka yang bebas, warga asing yang datang dengan menggunakan pas lawatan sosial dan tidak mempunyai ejen atau bapa ayam. Mereka memenuhi pasaran ‘kelas atasan’ dan beroperasi di sekitar Jalan P Ramlee, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang dan sudah tentu Bukit Bintang. Pada asasnya, di mana-mana kawasan yang berhampiran hotel mewah.”

Oleh itu menurut beliau, adalah penting bagi polis untuk menangani pelacuran paksaan di negara ini kerana terdapat banyak jenayah lain yang berkaitan dengannya, termasuk pemerdagangan manusia.

“Pelacuran paksaan melibatkan orang asing yang diseludup ke negara ini. Pada masa ini, mereka mengembara dengan dokumen yang sah dan berada (di sini) atas pas lawatan sosial tetapi melepasi atau dibawa masuk dan keluar negara oleh sindiket.”

Han Ming mendakwa beberapa pihak terlibat dalam pelacuran “diseludup” termasuk pengendali hotel, pengendali makanan dan pemandu teksi.

“Biasanya, ini adalah mereka yang bekerja rapat dengan pemerdagangan orang,” kata beliau.

Selain pemerdagangan manusia, kata beliau, pelacuran paksaan juga bermakna kemungkinan kanak-kanak bawah umur dipaksa melakukan pelacuran, orang asing yang tidak berdokumen serta menyebar penyakit dan melibatkan dadah.

“Dadah digunakan dalam pelacuran paksaan supaya gadis-gadis akan bertahan lebih lama dan akan dapat menyediakan khidmat kepada ramai pelanggan. Juga, ubat-ubatan menyebabkan mereka merayan dan dapat mengelak diri mereka.

“Jadi apabila bercakap tentang pelacuran, ia bukan hanya tentang isu-isu moral sahaja, walaupun saya yakin, kebanyakan rakyat Malaysia ingin berpura-pura pelacuran tidak wujud kerana sensitiviti agama. Tetapi terdapat gambaran yang lebih besar yang perlu kita lihat.”

Beliau berkata, kesan jangka panjang terhadap gadis-gadis yang dipaksa menjadi pelacur adalah mereka akan mengalami trauma dan ketagihan.

“Beberapa kanak-kanak perempuan ini tidak pernah melihat cahaya siang untuk tempoh yang lama dan mungkin tidak tahu apa yang berlaku kepada mereka.”

Han Ming berkata, beliau telah bekerja sebagai pegawai keselamatan di 2 hotel “jenama terkemuka” di Kuala Lumpur tetapi enggan mendedahkan butiran mengenainya.

Dalam tempoh itu, kata Han Ming berkata, beliau mendapati pihak berkuasa jarang melakukan serbuan ke atas hotel-hotel mewah.

China Press baru-baru ini melaporkan Johor Bahru telah mendapat reputasi sebagai kawasan cahaya merah ekoran kunjungan ramai lelaki warga emas dari Singapura untuk perkhidmatan pelacur dari Vietnam dan China.

Khalid mempersoalkan laporan Johor Bahru kini menjadi tumpuan rakyat Singapura mendapatkan khidmat pelacur, dengan berkata kegiatan itu tidak mudah berkembang di Malaysia.

Baca artikel sebelum: KPN pertikai laporan Johor Bahru syurga pelanggan Singapura langgan pelacur

“Kalau di Singapura aktiviti pelacuran dibenarkan, kenapa rakyat mereka nak datang Johor? Di Singapura, lagi mudah nak cari pelacur, kenapa nak cari di tempat kita yang tidak membenarkan aktiviti tersebut.

“Saya juga tidak bersetuju dengan laporan itu,” katanya

 

Sumber: FMT



Sumber “Pelacuran sebenarnya masalah besar di Malaysia” – bekas pegawai keselamatan hotel

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vLBYwP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.