Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perkasa: Jangan iktiraf India Muslim demi sokongan politik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perkasa: Jangan iktiraf India Muslim demi sokongan politik

 | July 21, 2017
Ibrahim Ali berkata, kajian perlu dilakukan secara mendalam berdasarkan Perlembagaan Persekutuan serta mempertimbangkan kesannya.
Ibrahim-Ali-perkasaKUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) meminta kerajaan tidak bertindak terburu-buru dalam mengiktiraf masyarakat India Muslim sebagai Bumiputera demi meraih sokongan politik menjelang pilihan raya umum ke-14.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, kajian perlu dilakukan secara mendalam berdasarkan Perlembagaan Persekutuan serta mempertimbangkan kesannya.
“Jangan gopoh…jangan kerana nak dapat sokongan politik waima apa sahaja, sebab dia ada implikasi.

“Ini India Muslim, macam mana dengan mualaf nanti, kalau mualaf minta taraf Bumiputera. Kecoh nanti. Nak layan India Muslim dari segi kemudahan boleh layan, tak semestinya dia kena iktiraf Bumiputera,” katanya pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Perkasa hari ini.

Selasa lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata, kerajaan akan mengkaji tuntutan Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim) untuk diwartakan sebagai Bumiputera.

Selain mewartakan India Muslim sebagai Bumiputera, Presiden Permim, Dhajudeen Shahul Hameed turut meminta kerajaan memperuntukkan tanah untuk pusat komuniti India Muslim di Kuala Lumpur atau Putrajaya serta melantik pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri untuk menguruskan hak ehwal masyarakat itu.

Ibrahim yang juga bekas ahli Parlimen Pasir Mas berkata, berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, masyarakat India Muslim tidak boleh diiktiraf sebagai Bumiputera.
“Tak ada ruang nak bagi dari segi Perlembagaan dan saya harap India Muslim jangan salah faham kerana saya sebagai Islam, Islam adalah bersaudara.

“Kalau boleh saya nak sokong, tapi sokongan itu nanti berpandu kepada Perlembagaan. Jangan timbul masalah, nanti kaum lain minta,” katanya
FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ukCMJT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.