ZAHID PERLU HORMAT PROSES KEHAKIMAN, KATA PKR
PKR mengecam gesaan yang dilakukan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi supaya semua orang Islam bersatu menentang pendaftaran anak tak sah taraf.
“Saya terkejut dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkenaan keputusan Mahkamah Rayuan mengenai anak luar nikah yang ber-binkan nama bapa mereka,” kata Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Latheefa Koya.
Latheefa berkata mahkamah perlu dibenarkan membuat keputusan tanpa pengaruh mana-mana pihak berdasarkan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, tanpa tekanan dan kenyataan dibuat pemimpin kerajaan dalam isu itu.
Malam semalam, Zahid berkata yang orang Islam perlu menyokong Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menolak cabaran yang diberikan sistem perundangan.
Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) perlu mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan supaya anak tak sah taraf pasangan yang tidak berkahwin dibin atau dibintikan kepada Abdullah.
“Bukan untuk menentang agama lain, tetapi jangan campur hal ehwal agama Islam, biar orang Islam yang menguruskan hal ehwal Islam,” kata Zahid seperti dipetik Bernama.
“Saya belum pernah menyaksikan keadaan di mana seorang timbalan perdana menteri begitu tidak menghormati proses kehakiman. Mungkin kenyataan sebegini boleh dikeluarkan ketua pemuda, tetapi bukannya daripada TPM (timbalan perdana menteri) sendiri
“Amat jelas Zahid cuba mempolitikkan isu ini sebab pilihan raya umum sudah dekat. Ia cukup tidak adil kerana isu ini melibatkan nyawa dan masa depan anak-anak yang tidak berdosa,” kata Latheefa lagi.
Khamis lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan yang anak tak sah taraf boleh menggunakan nama ayah kandungnya, keputusan penting yang mengukuhkan batasan kuasa perundangan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Hakim Abdul Rahman Sebli menulis penghakiman panel tiga hakim bersidang mengatakan, bidang kuasa ketua pengarah JPN bersifat sivil dan tertakluk kepada undang-undang sivil.
Pada 2003, Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa yang anak tak sah taraf tidak boleh menggunakan nama lelaki yang mendakwa menjadi bapanya sekiranya anak itu dilahirkan dalam tempoh kurang enam bulan daripada tarikh perkahwinan ibu bapa mereka.
– http://ift.tt/2pAR1dR
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2viu9m6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment