Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Filipina cadang perkenal kad pengenalan khas untuk orang Islam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Filipina cadang perkenal kad pengenalan khas untuk orang Islam

Cadangan itu bertujuan mengenal pasti dan menghapuskan individu yang tidak diingini, tetapi dibantah badan pemantau hak asasi manusia.
islam-philiphinePETALING JAYA: Badan pemantau hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW) membantah cadangan polis Filipina memperkenalkan kad pengenalan khas orang Islam untuk “mengenal pasti dan menghapuskan individu dan pengganas yang tidak diingini”.
HRW berkata kad pengenalan khas itu dikhuatiri akan mencabul hak perlindungan saksama di bawah undang-undang, kebebasan bergerak dan hak asasi lain, lebih-lebih lagi dengan laporan diskriminasi terhadap orang Islam sejak Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengisytiharkan undang-undang tentera di Mindanao pada 23 Mei 2017.
Minggu ini pihak berkuasa Luzon Tengah, utara Filipina mencadangkan sistem kad pengenalan mandatori untuk 26,000 orang Islam di situ. Cadangan berbangkit daripada pertempuran di bandar Marawi, selatan Filipina antara tentera dan militan Maute dan Abu Sayyaf yang bersekutu dengan IS.
Pada Jun, Duterte menghentam pemimpin masyarakat Islam di Mindanao yang didakwa membenarkan militan Islam memasuki Marawi “dan menyebabkan masalah”. Orang Islam membentuk golongan minoriti terbesar di Filipina, dan paling ramai tertumpu di barat daya kepulauan Mindanao dan Palawan.
“Mewajibkan orang Islam menggunakan kad pengenalan khas itu sebagai tindak balas kepada kegagalan orang Islam menghalang militan memasuki bandar Marawi merupakan suatu bentuk hukuman kolektif,” kata HRW dalam kenyataan hari ini.
Badan itu mengingatkan tanggungjawab Filipina kepada beberapa perjanjian hak asasi manusia termasuk Perjanjian Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik yang melarang diskriminasi atas dasar agama.
“Tiadanya bantahan daripada beberapa pemimpin orang Islam terhadap cadangan itu semasa rundingan tidak relevan dari perspektif hak asasi,” kata HRW.
Mindanao yang berdekad lama didiami kumpulan pemisah Islam, pemberontak komunis dan lanun menjadi lapangan subur untuk ideologi IS. Rampasan Marawi oleh Maute dan sekutunya menjadi amaran terbesar IS sedang membina tapak di Asia Tenggara dan mengimport taktik ganas yang disaksikan di Iraq dan Syria ke rantau ini.
Pertempuran di Marawi berlarutan sejak 23 Mei, yang tercetus selepas pasukan keselamatan diserang dalam cubaan menangkap pemimpin militan, Isnilon Hapilon.
Di bawah pimpinan Isnilon, militan berkubu di bandar yang mempunyai seramai 200,000 penduduk itu selama lebih sebulan, mencabar tentera kerajaan dan mengharungi pengeboman setiap hari.
Kerajaan-kerajaan Asia Tenggara selama ini bimbang dengan kepulangan militan IS dari kekalahan di Timur Tengah, serta khuatir rantau ini menjadi magnet militan asing. Kehadiran militan asing dari negara serantau dan luar – termasuk dari Arab Saudi, Pakistan, Chechnya dan Morocco menurut sumber perisikan – mencemaskan pihak berkuasa. -FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sQJxk3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.