Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Siti Nurhaliza’ kini jadi pembaca berita RTM? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Siti Nurhaliza’ kini jadi pembaca berita RTM?

SITI NURHALIZA beralih ke bidang baru iaitu menjadi penyampai berita televisyen.

Jangan terkejut pula, ‘Siti Nurhaliza’ yang dimaksudkan itu ialah Normazalina Mohd Nor, 33, penyampai berita Nasional 8 di TV1 terbitan RTM.

Ramai yang mengatakan wajah mereka banyak persamaan dan Normazalina mula menjadi perhatian apabila gambarnya sedang membaca berita pukul 8 malam menjadi tular di laman sosial sejak Sabtu lalu.

Normazalina atau lebih selesa dipanggil Lina berkata, dia terkejut apabila menerima komen dan reaksi netizen yang menegur wajahnya seakan-akan penyanyi tersohor itu.

“Terkejut dan tidak sangka pula apabila ada kawan-kawan memberitahu tentang perkara ini menjadi viral dan komen tentang wajah seiras dengan Siti Nurhaliza.

“Pada saya tidaklah sama, mungkin teknik solekan sahaja, maklumlah, jurusolek selalu ada sahaja idea untuk solek saya seperti wajah siapa. Jadi semalam mereka kata nak buat seperti wajah Tok Ti, itu yang nampak seiras,” ujarnya kepada mStar Online.

 

Tambah Normazalina, perkara itu menjadi tular selepas wajahnya menjadi perhatian peminat-peminat penyanyi lagu Segala Perasaan itu.

Bagaimanapun dia tidak pernah berpeluang bertemu penyanyi berkenaan secara dekat.

“Perkara ini pada awalnya daripada peminat-peminat Siti Nurhaliza yang menganggap kami seiras. Selalunya selepas saya baca berita.

“Sehingga kini saya memang ada hajat nak jumpa Siti tapi tidak berpeluang lagi walaupun beliau selalu sahaja datang ke RTM,” ujarnya.

Sementara itu, Normazalina berkata, dia memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2009 dan diberi peluang membaca berita pada 2010.

Kemudian, dia berhenti bekerja di agensi media tersebut untuk berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 2013.

“Biarpun sudah berhenti sebagai wartawan penyiaran, namun saya masih lagi membaca berita secara sambilan di RTM pada hujung minggu,” ujarnya.
Sumber: Mstar



Sumber ‘Siti Nurhaliza’ kini jadi pembaca berita RTM?

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2shL4Ae

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.