‘Tolonglah doktor, buatlah apa saja untuk selamatkan bayi saya.’
Assalamualaikum. Kisah yang saya nak kongsikan ini berlaku pada 29 November 2016. Ambillah sebagai iktibar.
Ini anak kedua saya. Yang pertama, kakaknya berumur tiga tahun lebih pada masa itu. Pada permulaan mengandung anak yang kedua ini, keadaan kesihatan saya tip top. Saya sangat gembira sangat sebab masa mengandung kakaknya, saya ada diabetes dan darah tinggi tetapi masih dalam kawalan.
Kisahnya bermula dengan pelbagai masalah dan ujian yang menimpa hidup menyebabkan saya stress dan teramat penat. Bulan tiga, saya disahkan ada darah tinggi dan kencing kotor. Pernah ditahan wad selama 3 malam di Hospital Kuala Lumpur dan perlu makan ubat darah tinggi.
Masalah-masalah itu menyebabkan saya menjadi terlalu berdikari sehingga terlupa yang diri saya ini mengandung. Walaupun penat, saya gagahkan diri sehingga terlupa bayi saya dah terlalu penat di dalam.
Saya selalu mengusap-usap perut saya dan menangis agar anak saya bertahan. Bayi saya sangat aktif, menendang tak mengira waktu.
Kemudian pada bulan November, kandungan sudah berusia tujuh bulan. Bayi saya kurang bergerak, lalu pergi ke klinik dan akibat tekanan darah agak tinggi, saya dirujukkan ke hospital dan ditahan wad. Saya pilih Hospital Serdang kerana ia lebih dekat dengan rumah.
Saya diberi ubat darah tinggi dan sawan melalui saluran darah diberikan. Segala doktor pakar masuk dan saya dimaklumkan tentang keadaan saya 50-50, bayi saya tidak mampu survive sehingga cukup bulan. Air ketuban saya juga telah kurang dan jika diteruskan, kedua-dua kami akan ‘pergi’.
Jadi doktor memilih untuk selamatkan saya. Masa itu hujan air mata selebat-lebatnya. Saya merayu kepada doktor buatlah sehabis baik untuk menyelamatkan kandungan saya. Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa, bayi saya pergi jua meninggalkan saya dan dunia ini.
“Tenanglah sayang di sana, bertemu dengan Penciptamu. Tidak sedetik pun mama lupakan sayang dan terlalu ingin bertemu sayang. Mama titipkan salam rindu buat sayang setiap kali selepas solat. Mama terasa sangat ikatan antara kita walaupun di alam berbeza.”
Sebenarnya terlalu banyak yang ingin saya kognsikan tetapi cukuplah untuk kali ini. Buat bakal-bakal ibu, jagalah kesihatan baik-baik. Jangan buat kerja-kerja berat, makan ubat mengikut waktu dan jangan ditangguh-tanguhkan. Berehatlah secukupnya.
“Buat anakku, arwah Putra Muhamad Firas Firdawsi, mama bangga memiliki sayang. Doakan mama tabah menghadapi ujian-ujian hidup yang sementara ini. Sayang berkorban untuk mama di sana. Mama, papa dan kakak Mayra sangat merindui sayang…”
Sumber: Cahaya Mata
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sMgG5j
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Situs Penyedia Layanan Sepak Bola Terbaik Sbobet Dan Bonus Member Baru Yang Besar, Agen Sepak Bola Sbobet Maxbet Yang Memberikan Pelayanan 24 Jam Nonstop, Bandar Judi Sepak Bola Sbobet Yang Di Dukung Oleh Bank Dengan Pelayanan CS Yang Ramah dan 24 Jam Nonstop, Penyedia Jasa Pembuatan ID Sbobet Judi Sepak Bola Yang Terkenal Dan Memiliki Grafis YangBagus, dan Kemudahan Dalam Bermain Dan Keamanan Saat Bertransaksi
ReplyDeleteAgen Sepak Bola Online
bonus besar Sepak Bola
Bandar judi Sepak Bola
Agen Sbobet Judi Bola
Judi Sepak Bola Terbaik
Agen Judi Online
Bandar judi ikan
Agen sabung ayam
judi sabung ayam
judi tembak Ikan
Agenjudi tembak ikan terbaik