Hi! Welcome Back and Stay Tune! [Update] Polis panggil untuk mesyuarat khas, PPIM dan AGR sedia hadir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

[Update] Polis panggil untuk mesyuarat khas, PPIM dan AGR sedia hadir

PERSATUAN Pengguna Islam (PPIM) dan AGR Auto Trade Sdn Berhad (AGR) sedia hadir pada mesyuarat khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Isnin ini berhubung isu dakwaan penipuan pajakan kereta.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, beliau akan hadir di mesyuarat berkenaan jika diminta berbuat demikian.

“Kami menerima lebih 250 aduan mengenai mangsa pajakan kereta ini. Oleh itu, kami menghormati tindakan polis untuk siasat dengan lebih terperinci mengenai hal ini.

“PPIM amat berharap nasib pengguna terbela,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini. Sementara itu, pengurus AGR Auto Trade Sdn Berhad (AGR) Datuk Seri C Kamaleshwaran ketika dihubungi berkata, akan hadir jika diminta PDRM.

“Jika PDRM panggil, kami mesti hadir ke mesyuarat itu untuk beri kerjasama,”katanya.

Hari ini, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat khas yang juga sertai Ketua Polis Selangor, Kuala Lumpur, Ketua Polis Daerah, pegawai penyiasat serta beberapa individu berkaitan.

Menurutnya, polis akan meneliti semua perjanjian dan laporan dengan adil bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Sebelum ini, tular di Facebook (FB) aktivis PPIM membantu membawa keluar kenderaan mangsa yang mendakwa ditipu AGR.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber [Update] Polis panggil untuk mesyuarat khas, PPIM dan AGR sedia hadir

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tHfn3b

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.