Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Gadis Korea Yang Fasih Berbahasa Melayu Ini Juga Pandai Berpidato Dan Menyanyi Dalam Bahasa Melayu.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Gadis Korea Yang Fasih Berbahasa Melayu Ini Juga Pandai Berpidato Dan Menyanyi Dalam Bahasa Melayu..


PERNAH dengar orang Korea fasih berbahasa Melayu? Mungkin kedengarannya agak aneh dan lucu, namun tidak bagi gadis manis ini.

Seok Da-Hye, 24, peserta kategori antarabangsa pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri Ke-11 yang berasal daripada Korea Selatan ini belum pernah mengunjungi Malaysia sebelum ini namun dia jatuh cinta dengan Bahasa Melayu yang menurutnya sangat unik!


Kata gadis manis yang lebih selesa disapa Da-Hye ini, dia sudah lebih empat tahun mendalami bahasa Melayu dan berkesempatan untuk mempelajari bahasa ini di Surabaya dan Bali, Indonesia.

Menurut penuntut Hankuk University Of Foreign Studies ini juga, antara wadah yang digunakan olehnya untuk memperkasakan kemahiran berbahasa Melayunya adalah melalui bacaan dan latihan secara lisan.


“Setiap hari saya membaca terjemahan Al-Quran dan surat khabar berbahasa Melayu. Di samping itu, saya turut berbicara dengan mereka yang boleh berbahasa Melayu sama ada penuntut Universiti Hankuk yang berbangsa Melayu ataupun pensyarah-pensyarah yang berasal dari Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Apabila ditanya mengapa dia memilih Bahasa Melayu sebagai fokus pengajiannya, Da-Hye ternyata mempunyai alasannya yang tersendiri.

“Saya suka belajar bahasa asing dan saya fikir di mana-mana sahaja terdapat orang yang belajar Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina, tetapi saya mahu belajar bahasa yang lebih unik. Oleh itu, saya memilih Bahasa Melayu,” ujarnya.

Apa yang menarik lagi tentang Da-Hye adalah kebolehannya bukan sahaja berpidato tetapi juga menyanyi dalam bahasa Melayu!


Katanya, dia amat meminati lagu-lagu hit Indonesia dan sering menyanyi sebagai cara untuk meningkatkan kefahaman dan kefasihannya dalam berbahasa Melayu. Malah, dia juga mengaku amat meminati genre dangdut! Waduh!

Eksklusif untuk Mynewshub, Da-Hye mendendangkan lagu Aku Cuma Punya Hatinyanyian Mytha buat pembaca semua. Ah, bikin penasaran dibuatnya!

Da-Hye bakal bersaing dengan 50 orang daripada 3 kategori di peringkat saringan untuk berentap bagi mencapai ke peringkat akhir pertandingan PABM 2017 yang bakal diadakan pada 26 Julai ini.- Mynewshub.

VIDEO:




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ukwGcd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.