Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Sarat Mengandung Diikat, Disepak Terajang Dan Direjam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Sarat Mengandung Diikat, Disepak Terajang Dan Direjam

Paling Tragis!! Wanita Sarat Mengandung Diikat, Disepak Terajang Dan Direjam Batu Walaupun Sudah Pulangkan Wang Yang Dicuri
Zhejiang: Seorang wanita hamil diikat sebelum dipukul oleh sekumpulan penduduk di kampung Zhejiang semalam selepas dia didakwa mencuri wang tunai.
Wanita berusia 28 tahun itu dikatakan ditangkap mencuri wang 900 yuan (RM600) dari rumah seorang penduduk bulan lalu.

Dia menyerahkan semula wang berkenaan dan penduduk kampung mengambil keputusan membiarkan dia pergi tanpa membuat laporan polis kerana dia hamil.

Wanita itu meninggalkan kampung berkenaan, tetapi apabila pulang 10 hari kemudian kelmarin, penduduk kampung berubah hati dan mengambil keputusan menghukumnya mengikut cara mereka.

Rakaman video yang tersebar di Internet menunjukkan wanita itu diikat dengan tangannya di belakang pada sebatang tiang sementara seorang penduduk menampar, menendang dan menarik rambutnya sehingga dia pengsan.

Polis berkata, mereka menangkap penduduk yang menyerang wanita berkenaan dan akan menahannya selama lapan hari serta mendendanya sebanyak 300 yuan (RM200).

Ini bukan kali pertama hukuman fizikal seumpama itu dilakukan di hadapan khalayak ramai di China.

Bulan lalu, seorang wanita dipercayai penyeludup kanak-kanak dipukul dan dibogelkan oleh penduduk di Hunan.

Tahun lalu, penduduk di Guanxi memaksa dua remaja melutut di tepi jalan raya dengan itik disumbat pada mulut mereka selepas mereka ditangkap mencuri haiwan peliharaan penduduk kampung.

Sumber: viralberita

Share to:



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uL9QgY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.