Hi! Welcome Back and Stay Tune! 2,000 akaun media sosial palsu telah ditutup sepanjang tahun ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

2,000 akaun media sosial palsu telah ditutup sepanjang tahun ini



KUALA LUMPUR - Hampir 2,000 akaun media sosial palsu telah ditutup sepanjang tahun ini bagi mengekang penularan berita palsu dan fitnah.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, sebanyak 75 peratus daripada jumlah tersebut telah dikenakan tindakan dan selebihnya masih lagi dalam siasatan.

"Sejak Januari 2016 hingga Jun 2017, sebanyak 221 kes yang melibatkan media baharu termasuk media sosial telah disiasat dan 19 kes telah dikenakan kompaun manakala 5 kes lagi telah didakwa serta disabitkan kesalahan berkaitan fitnah dan hasutan.

"Kesalahan tertakluk di bawah Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan (Akta 574), selain Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh (Sabak Bernam) mengenai bilangan akaun-akaun media sosial palsu yang telah disiasat dan dikenal pasti serta apakah tindakan penguatkuasaan serta undang-undang yang telah diambil untuk mengekang gejala penyebaran berita palsu dan fitnah.- KOSMO



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u62SmR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.