Hi! Welcome Back and Stay Tune! 46 remaja, 13 pelajar sekolah dicekup kerana dadah di Kuching - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

46 remaja, 13 pelajar sekolah dicekup kerana dadah di Kuching

KUCHING: Polis Kuching telah menahan sejumlah 46 remaja bawah 17 tahun termasuk 13 pelajar sekolah menengah kerana disyaki terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, mereka merupakan sebahagian daripada keseluruhan tangkapan jenayah narkotik yang telah dibuat dalam tempoh Januari hingga Julai 2017.

Sejumlah 847 tangkapan telah dilakukan menerusi 694 serbuan narkotik dalam tempoh berkenaan.

Daripada jumlah ini, kesalahan di bawah Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang melibatkan saringan urin yang positif telah mencatatkan 424 kes dan tangkapan.

“Untuk kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 pula, sebanyak lapan kes dan 16 tangkapan telah dihasilkan,” katanya ketika menghadiri Perhimpunan Bulanan Bersama Ketua Polis Daerah Kuching di sini pagi semalam.

Jelas Abang Ahmad, dadah jenis syabu adalah yang paling banyak dirampas iaitu sebanyak 5,660 gram, dengan nilai anggaran pasaran mencecah lebih RM1 juta, diikuti dadah jenis ganja 928 gram yang bernilai RM18,500.

Menurutnya lagi, jenayah kekerasan pula telah menunjukkan penurunan sebanyak 9.45 peratus iaitu 182 kes pada tahun ini berbanding 201 kes tahun lepas.

“Ini menunjukkan kadar jenayah kita masih rendah,” tambahnya lagi. – Sarawakvoice




✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ulX18d

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.