Hi! Welcome Back and Stay Tune! Produksi buka mulut, pengarah dedah tak pernah Afifah rapat dengan Aliff - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Produksi buka mulut, pengarah dedah tak pernah Afifah rapat dengan Aliff

PENGARAH drama Izinkan Aku Mencintaimu, Mansor Akob menafikan dakwaan pelakon Afifah Nasir yang kononnya dipergunakan pihak produksi untuk memujuk dan melayan kerenah Aliff Aziz agar memberikan kerjasama sepanjang penggambaran.

Mansor atau lebih dikenali sebagai Manchi berkata dia dan kru produksi lain tidak pernah mengeluarkan arahan dan perancangan sebegitu.

“Saya tidak pernah menyuruh mereka rapat malah jauh sekali untuk membuat perancangan seperti didakwa Afifah. Bagi saya itu hanya cakap-cakap kosong dalam kalangan kami.

“Soal masalah di lokasi adalah perkara biasa dan susah nak elak. Namun kedua-dua mereka tetap memberikan komitmen baik,” katanya kepada Harian Metro.

Manchi juga menegaskan dia tidak tahu menahu berkenaan kehadiran Aliff dan Afifah di sebuah pusat karaoke di Cheras pada 27 Julai lalu.

“Perancangan karaoke pun saya tak tahu langsung,” katanya.

Terdahulu menerusi sidang media bersama Afifah pada Isnin lalu mengakui kehadirannya di pusat karaoke itu atas urusan kerja.

Malah Afifah menjelaskan itu adalah perancangan yang diatur oleh pihak produksi bagi melancarkan proses penggambaran.

Bagaimanapun kenyataan Afifah itu disangkal Aliff dan menyifatkan ia mengarut dan tidak masuk akal.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Produksi buka mulut, pengarah dedah tak pernah Afifah rapat dengan Aliff

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vHmFca

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.