Gagal Bayar Hutang, 1MDB Minta Tempoh Bayaran Dilanjutkan
Reuters melaporkan, Abu Dhabi memberikan tempoh kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga 31 Ogos untuk membuat pembayaran hutang berjumlah $603 juta (sekitar RM2.56 juta) yang sepatutnya dibayar pada 31 Julai, kata sumber yang berpangkalan di Abu Dhabi.
1MDB adalah milik penuh Kemeterian Kewangan Malaysia, manakala IPIC pula milik kerajaan Abu Dhabi.
Di bawah perjanjian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) pada April, 1MDB bersetuju untuk membayar $1.2 billion dengan dua kali pembayaran kepada IPIC di mana pembayaran pertama sebanyak $600 juta sepatutnya dibayar pada 31 Julai lepas.
Namun, 1MDB gagal membuktikan komitmen mereka seperti dalam perjanjian yang dipersetujui sebelum ini. Pada 24 April lalu, 1MDB telah mencapai persetujuan dengan IPIC untuk membayar $603 juta sebelum 31 Julai. Ia bagaimanapun gagal mematuhi tarikh akhir tersebut dan kini diberi lanjutan sehingga 31 Ogos bagi melunaskan sebahagian daripada hutang itu.
Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Mohamad Irwan Serigar dilaporkan telah berkata kepada agensi berita Bernama bahawa 1MDB sedang dalam rundingan bagi perlanjutan tempoh pembayaran hutang tersebut.
BNM: Pengenalan Dagangan Ringgit di Singapura Bertentangan Dengan Peraturan Malaysia
The post Gagal Bayar Hutang, 1MDB Minta Tempoh Bayaran Dilanjutkan appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hM0Na6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment